Seramai 130 orang penunggang RS150R dari Perak dan Selangor telah menyertai sekali lagi memeriahkan lagi yang diadakan di Ngee Fatt Motors Ent ini. Antara kelab-kelab RS150R Perak yang menyertai acara ini termasuk RS Gopeng Community, RS Hilir Perak Crew (Teluk Intan), RS Tapah Chapters, RS Owner Club Perak (Ipoh), RS SilverState (Ipoh), RS Gerik Crew, RS Muallim (Tanjung Malim), RS Manjung Club dan RS Raintaker (Taiping).
Pelbagai aktiviti turut diadakan di Ngee Fatt Motors Ent sebelum para peserta konvoi bertolak ke Kelli’s Castle antaranya termasuk sesi bergambar secara berkumpulan di hadapan kedai, penyampaian sijil penghargaan dari pengusaha Ngee Fatt Motors, cabutan bertuah, permainan dan jamuan makan tengah hari. Selain itu, Pengurus Besar Boon Siew Honda turut memberi ucapan ringkas dan merakamkan ucapan terima kasih kepada para peserta.