Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : Menguji Kemahiran Dan Kecekapan Peserta Dalam Pengendalian Jentera

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-09-17
in BULETIN, UTAMA
0

Konvoi Bermotosikal Jelajah Asia Malaysia-Thailand “Letzz Ride To Krabi 2017” anjuran Transport Elite Team (T.E.T) dari Ibu Pejabat Penjara Malaysia, Bukit Wira di Kajang dianjurkan dengan kerjasama Malaysia Prison Bikers (MPB). Konvoi ini disertai seramai 11 orang peserta dan diketuai oleh Kpl Azrul bin Azni sebagai Kapten Konvoi dari Bahagian Dasar Kepenjaraan, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Pelepasan konvoi telah disempurnakan Y.Bhg Timbalan Komisioner Penjara Dato’ Mohd Sakeri bin Dollah, Ketua Seksyen Vokasional dan Industri Ibu Pejabat Penjara Malaysia, merangkap Yang Dipertua Kelab Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP) di perkarangan Pejabat Seksyen Vokasional & Industri, Ibu Pejabat Penjara Malaysia.

Konvoi ini melibatkan motosikal berkuasa rendah dengan catatan jumlah keseluruhan perjalanan sejauh 2000 km pergi dan balik. Perjalanan yang mencabar ini menguji tahap kecekapan, mental, fizikal peserta dan juga jentera tunggangan. Antara jentera yang terlibat termasuk Honda RS150, Modenas Bajaj 150, Yamaha LC 135, Honda Wave 125, Yamaha Lagenda 110 dan Modenas MR1. Semua jentera ini terbukti berupaya dan berkebolehan merentas benua Asia. Konvoi ini merupakan sebahagian aktiviti dan latihan tahunan para peserta selain membawa nama Jabatan Penjara Malaysia ke luar negara.

Keadaan permukaan jalan yang licin serta rosak berikutan hujan, malah keadaan cuaca yang tidak menentu seperti panas, hujan dan banjir sepanjang perjalanan memerlukan kemahiran dan kecekapan peserta dalam pengendalian jentera. Selain itu, beberapa faktor keselamatan turut dititikberatkan sekali gus menguji ketahanan para peserta yang tidak patah semangat untuk meneruskan misi konvoi yang telah dirancang. Para peserta berjaya menangani segala rintangan dan semuanya berada dalam keadaan baik serta selamat.

Konvoi ini telah mendapat sokongan dan sumbangan dari Kelab Ibu Pejabat Penjara Malaysia (KIPP), Malaysia Prison Bikers, FMC Global Resources, Transport Elite Team. Rakan Media dan Majalah Rasmi adalah Roadstar Magazine. Turut mendapat sokongan dari Y.Bhg Komisioner Jeneral Penjara Dato’ Sri Hj Zulkifli bin Omar, Ketua Pengarah Penjara Malaysia, Y.Bhg Komisioner Penjara Dato’ Hj Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengarah Dasar Kepenjaraan dan juga Penolong Kanan Komisioner Penjara Meor Azizi bin Sapawi, Ketua Unit Integriti, Ibu Pejabat Penjara Malaysia. Konvoi ini telah berjaya mencapai misi dengan jayanya tanpa sebarang masalah atau kejadian-kejadian yang tidak diingini. Pihak penganjur merancang untuk mengadakan siri endurance ride yang lebih mencabar pada masa akan datang.

Previous Post

Kejuaraan Petronas Malaysian Cub Prix Kembali Rancak

Next Post

Tiada Spesifikasi Teknologi Menarik, D50 Bergantung Kepada Rekabentuknya Yang Minimalis

Next Post

Tiada Spesifikasi Teknologi Menarik, D50 Bergantung Kepada Rekabentuknya Yang Minimalis

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved