Tadom Hill Resort, sekali lagi menjadi lokasi berlangsungnya sebuah program khas yang dianjurkan sempena menyambut Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos yang lalu. Konvoi Merdeka ke Tadom Hill Resort ini merupakan program satu hari yang bertujuan untuk mengeratkan hubungan silaturahim selain menghayati hari kemerdekaan Malaysia dengan pengisian pelbagai aktiviti.
Antara aktiviti-aktiviti yang disediakan termasuk program 1 Hari Ini Konvoi, Mandi-Mandi, Sukaneka, Tarik Tali, Menyumpit, Bola Tampar dan macam-macam lagi. Dianggarkan sebanyak 50 buah motor dari kelab-kelab motor Selangor telah menyertai konvoi merdeka ini.