Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Throwback : Jauh Perjalanan, Luas Pemandangan, Erat Persahabatan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-08-06
in BULETIN, UTAMA
0

Konvoi bermotosikal ke Bukit Trosat (Aiyeongweng) di Betong, Thailand untuk mencari Awan Nano telah dianjurkan Kelab Motosikal Northern Versys Owners Group (NVOG & Friends). Dibuka kepada rakan-rakan dan sesiapa sahaja yang berminat, konvoi ini melibatkan pelbagai jenis dan cc motor. Konvoi mula bergerak sekitar 2 petang dari Pulau Pinang menuju Baling menerusi lebuh raya Butterworth-Kulim dan bergabung dengan rakan-rakan dari Pendang, Gurun serta Sg Petani.

Tiba di Pekan Baling pada pukul 4, konvoi bergerak ke Pengkalan Hulu bersama rakan-rakan dari Taiping, Kuala Kangsar dan Ipoh yang menunggu. Tiada masalah ketika berurusan di sempadan Malaysia dan Thailand kerana para peserta telah dimaklumkan lebih awal tentang prosedur dan pengisian borang White Card, TM2 dan TM3. Perjalanan bertambah mudah apabila tidak ramai pengunjung memasuki Betong. Tiba di Garden View Hotel dengan selamat dan disambut hujan lebat serta diberikan taklimat oleh ketua konvoi tentang jadual akt iviti.

Selepas bersolat di hotel, para peserta menaiki terpaksa menaiki tuk tuk menuju ke restoran untuk makan malam ekoran hujan masih lebat. Para peserta yang terdiri dari 40 orang telah menikmati hidangan ikan bakar sambil mengambil kesempatan ini untuk beramah mesra. Selepas makan, para peserta kembali ke hotel untuk bersedia seawal 4.30 pagi waktu Malaysia dan 3.30 pagi waktu Thailand untuk bergerak menuju ke puncak Bukit Trosat (Aiyoeweng) pada 5 pagi bagi melihat pemandangan pagi yang indah.

Dari Pekan Betong menuju Yala sejauh 42km, semua para peserta berjaya sampai ke destinasi dan mendaki bukit seawal pukul 6 pagi. Suhu mencecah 18 darjah dan sejuk sehingga ke tulang. Keadaan di puncak bukit sangat gelap, masih belum ada cahaya matahari. Sekitar pukul 7 pagi waktu Malaysia, bait-bait cahaya mula mencurah dicelah-celah awan tebal merekah meresap didalamnya. Pemandangan ciptaan Tuhan yang menakjubkan dan sukar digambarkan.

Kesempatan ini digunakan para peserta merakam sebanyak mana gambar sebagai kenangan. Sekitar 8 pagi, matahari mula terbit dan para peserta bergerak ke kaki bukit untuk bersarapan. Kemudian, para peserta bergerak turun perlahan-lahan dari puncak bukit menuju ke destinasi seterusnya, Betong Hot Spring. Konvoi singgah untuk berehat serta menghilangkan mengantuk sebelum bergerak ke hotel. Konvoi meninggalkan hotel untuk membeli-belah di pekan Betong dan ramai peserta tidak melepaskan peluang membeli kemeja-t bikers edisi khas yang diminati pada harga berpatutan.

Seterusnya, para peserta menikmati jamuan tengah hari di pekan Betong sebelum bergerak pulang yang disambut hujan lebat tanda selamat tinggal. Secara keseluruhannya, para peserta berpuas hati dengan ride kali ini kerana ada yang baru pertama kali menjejakkan kaki ke Thailand.

Previous Post

Saat Yang Menyedihkan Tetapi Ia Tepat Pada Masanya!

Next Post

Skuter Elektrik Yang Comel Dan Ranggi

Next Post

Skuter Elektrik Yang Comel Dan Ranggi

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved