ROSE Riders merupakan salah satu kelab yang tidak putus-putus menganjurkan aktiviti beriadah sejak diberikan kelonggaran oleh kerajaan. Antara aktiviti yang pernah diadakan termasuk gabungan mantap yang dipimpin oleh Bro Zass di antara Federal ROSE Riders (KL, Selangor) bawah pimpinan Ady Putra dan Adnan Muhammad bersama Southern ROSE Riders yang dipimpin oleh Adam Shah, Wan Serkam dan Amy dari Batu Pahat.
Kesemua ahli kelab telah berkumpul di Taman Mini Asean Malaysia Ayer Keroh di Melaka terlebih dahulu. Mereka berkumpul seawal jam 9.00 pagi sebelum bergerak menuju kota Hang Tuah. Seterusnya para peserta konvoi bergerak dari satu destinasi ke satu destinasi yang lain dengan mematuhi setiap SOP yang telah ditetapkan.
Perjalanan para peserta konvoi berakhir apabila tiba di Nasi Lemak Puakez untuk menikmati jamuan yang disediakan sambil mendengar taklimat terakhir. Sebagaimana yang diketahui, grup ini sentiasa membawa misi dan visi yang sama iaitu;
Dalam ride ada ukhuwah,
Dalam ukhuwah salurkan dakwah,
Dalam dakwah titipkan sahsiah,
Maka terciptalah riders yang bermaruah.
Sinonim dengan slogan tersebut, maka terbina enam wilayah dengan kukuhnya di seluruh Malaysia, di bawah satu tangan pentadbirnya iaitu Bro Zass selaku presiden ROSE Riders 1 Malaysia.
Perkongsian : Bro Zass