Throwback : 4th Gathering Superkips Malaysia

Perkarangan stadium Hang Jebat Melaka telah menjadi lokasi berlangsungnya penganjuran Gathering Superkips Malaysia buat kali ke-4 pada 6 Julai lalu. Dianjurkan oleh Jai Kawa dan Superkips Owner Club Malaysia, acara ini mendapat sambutan yang cukup hangat dari para peminat dunia dua roda. Walaupun cuaca agak panas, ia tidak sedikit pun menghalang pemilik Superkips membanjiri tapak acara.

Ribuan pemilik Superkips meluangkan masa dan turun padang untuk menyokong penganjuran Gathering Superkips Malaysia pada tahun ini. Bermula seawal 9.30 pagi dan berakhir sekitar pukul 5.30 petang, hujung minggu para pencinta motor Superkips ini cukup bermakna kerana diluangkan bersama orang yang berkongsi minat sama. Pelbagai aktiviti turut diadakan termasuk cabutan bertuah yang menawarkan hadiah seperti helmet tajaan FT Garage dan wang tunai RM5000,00.

Tahniah diucapkan kepada penganjur khususnya Jai Kawa kerana berjaya menganjurkan aktiviti yang menghimpunkan para pemilik Superkips. Dalam masa yang sama, menyediakan ruang serta peluang kepada peniaga-peniaga mempromosikan produk masing-masing. Semoga terus sukses dan kembali dengan penganjuran Gathering Superkips Malaysia yang kelima pada tahun hadapan dengan lebih aktiviti menarik.