Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Revolusi Tunggangan Tanpa Klac Pada Harga RM145,000.00

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-09-28
in BULETIN, UTAMA
0

Pasaran motosikal pengembaraan (adventure-touring) tempatan sekali lagi dikejutkan dengan penawaran terbaharu daripada BMW Motorrad Malaysia menerusi pelancaran R 1300 GS 2026 yang dilengkapi teknologi Automated Shift Assistant (ASA). Ditawarkan pada harga RM145,000 atas jalan (tanpa insurans), jentera kembara kelas atasan ini membawakan anjakan teknologi baharu menerusi sistem penukaran gear automatik tanpa mengorbankan jiwa tunggangan dinamik. Setiap pembelian didatangkan bersama pakej waranti tiga tahun dan program bantuan tepi jalan secara rasmi daripada BMW Motorrad Malaysia.

Inovasi utama pada model ini terletak pada ASA yang menawarkan dua mod operasi pintar iaitu Mod ‘M’ (Manual) dan Mod ‘D’ (Automatik). Menerusi Mod ‘M’, penunggang kekal bebas menukar nisbah gear menggunakan tuas kaki biasa tanpa perlu mengendalikan tuas klac, manakala Mod ‘D’ membolehkan sistem mengendalikan penukaran gear dan operasi klac secara automatik berdasarkan kelajuan serta beban enjin. Teknologi ini disepadukan di dalam Pakej Dinamik yang turut merangkumi Pelarasan Suspensi Dinamik (DSA), Riding Modes Pro serta sistem brek Sports Brake.

Nadi penggerak R 1300 GS masih setia mempertaruhkan enjin dua silinder bersesaran 1,300 cc yang berupaya menghamburkan kuasa 145 hp pada 7,750 rpm dan tork puncak 149 Nm pada 6,500 rpm. Hantaran kuasa disalurkan menerusi kotak transmisi enam kelajuan bersistem ASA yang dipadankan dengan pacuan aci (shaft drive) ke roda belakang. Dengan berat basah 237 kg dan kapasiti tangki bahan api 18 liter, jentera ini direka untuk memberikan imbangan kestabilan optimum serta jarak kembara yang lebih jauh.

Sistem pengendalian dan kestabilan jentera diuji menerusi gabungan sistem penggantungan khas BMW Motorrad EVO-Telelever di bahagian hadapan serta EVO-Paralever di bahagian belakang dengan pelarasan prabeban spring penuh. Aspek kawalan brek pula disokong oleh cakera kembar 310 mm dengan kaliper radial empat omboh di hadapan dan cakera 285 mm di belakang. Gabungan ini memastikan maklum balas kawalan yang mantap sama ada ketika merentasi laluan lebuh raya mahupun pemanduan di laluan off-road.

Keselamatan penunggang terus diperkasakan menerusi pakej elektronik termaju yang merangkumi Dynamic Traction Control (DTC), Integral ABS Pro, Hill Start Control (HSC), serta empat mod tunggangan standard iaitu Eco, Rain, Road, dan Enduro. Bagi meningkatkan keselesaan tunggangan jarak jauh, jentera ini turut dilengkapi ciri KeylessRide, pemegang berhaba, sistem pemantauan tekanan tayar (TPC), soket pengecas USB, dan skrin warna TFT termaju dengan keterhubungan telefon pintar.

Bagi penunggang yang inginkan kemewahan ekstra, BMW Motorrad turut menawarkan kelengkapan tambahan menerusi Pakej Touring dan Pakej Comfort seperti cermin penghalang angin pelarasan elektrik dan sistem kuncian pusat. Didatangkan dalam dua pilihan warna eksklusif iaitu White Aluminium Metallic dan Black Storm Metallic, R 1300 GS bersedia menetapkan penanda aras baharu buat penggemar kembara berkuasa tinggi di Malaysia.

Previous Post

PDRM Meneroka Platform Dua Roda Baharu Menerusi Kerjasama Strategik Bersama Route 77 Harley-Davidson KL

CAPAIAN

  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved