Pihak Hong Leong Yamaha Motor (HLYM) telah menjemput pengamal media ke satu majlis yang bakal diadakan pada Sabtu hadapan (12 September). Jemputan bertajuk “The Rush Of Darkness” itu seakan memberi gambaran bahawa satu model baharu bakal diperkenalkan kepada pengguna di Malaysia.
Persoalannya, model apakah yang akan diperkenalkan itu? Selepas beberapa rujukan, kemungkinan besar model yang bakal dilancarkan ialah skuter NMAX 2020. Sekiranya benar, ia memang model yang sudah lama dinanti-nantikan peminat skuter tempatan.
Tambahan pula, NMAX sudah berada di pasaran sejak tahun 2016. Dalam tempoh itu, HLYM telah melakukan sekali recall kerana masalah pengesan kelajuan (Januari 2017), selain menawarkan warna hitam dan biru yang baru pada penghujung tahun 2017. Tidak dinafikan, skuter ini memang praktikal untuk kegunaan setiap hari. Apatah lagi ianya selesa ditunggang dan jimat minyak.
CCU menawarkan pelbagai ciri seperti mengesan lokasi terakhir motosikal, notifikasi panggilan atau mesej pada skrin speedometer, peringatan servis dan banyak lagi. Skuter itu juga dipasang dengan sistem Start Stop, Smart Motor Generator, Kawalan Cengkaman, brek ABS, port USB dan panel meter digital.
Dari segi penampilan luaran pula, NMAX 2020 akan menerima lampu utama dengan rekaan lebih nipis. Manakala lampu belakang seakan-akan menyerupai skuter lebih besar, X-MAX.
Sumber : Mekanika
Website :https://www.mekanika.com.my/
Facebook :https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram :https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube :https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ