Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Terbaik Pernah Dihasilkan?

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-10-28
in SHOW OFF, UTAMA
0

Bagi peminat motosikal kembara, nama BMW GS sudah tentu tidak asing lagi. Kalau anda masih ingat lagi, BMW R1200 GS ini menjadi menjadi perhatian apabila buat pertama kali dalam sejarah 90 tahun, BMW menggunakan cecair untuk menyejukkan enjin ‘boxer’ binaannya.

Perubahan ini bukan sekadar melibatkan penambahan komponen. Malah membuatkan jurutera BMW terpaksa mereka semula bahagian kemasukan udara dan ekzos. Kedudukan transmisi juga diubah bagi menjadikannya lebih cekap dan berkuasa. Di dalam kotak transmisi enam kelajuannya, bahagian klac turut menerima perubahan. Pada model ini, kotak gear menggunakan klac basah dan lapan keping cakera geseran. Sebelum ini ia hanya menggunakan cakera tunggal.

Model sebelum ini hanya berkuasa 110hp tetapi pada tahun 2013, R1200 GS mampu menjana kuasa mencecah 125hp. Kuasa itu kemudian boleh dikawal oleh penunggang melalui pendikit yang menggunakan sistem ‘Ride By Wire’. Bukan itu sahaja, R1200 GS dilengkapi sistem Pelaras Suspensi Elektronik (Dynamic ESA). Sistem ini hampir sama seperti ‘Skyhook’ yang diguna pada model Ducati Multistrada. Ia berfungsi menyesuaikan pergerakan suspensi, penyampaian kuasa dan brek, bergantung kepada keadaan jalan yang berbeza.

Sesuai dengan sifat kembaranya yang serba boleh, R1200 GS 2013 menyediakan lima mod tunggangan untuk memudahkan lagi penunggang mengawal motosikal. Tiga daripadanya iaitu Rain, Road dan Dynamic direka untuk penggunaan di atas jalan bertar. Jika dinilai dari segi penyampaian kuasa, mode ‘Rain’ adalah yang paling lembut. Sementara mode Dynamic bersifat paling agresif.

Apabila penunggang mengaktifkan fungsi Kawalan Kestabilan Elektronik (ASC), lebih banyak kawalan secara automatik akan dilakukan semasa dalam mode Rain berbanding mode Road. Lebih menarik lagi, jika menunggang dalam mode Dynamic, jentera ini dikatakan boleh melakukan sedikit aksi drift!.

Selain tiga mode ini, dua lagi mode tambahan iaitu Enduro dan Enduro Pro disediakan untuk pengguna mengaktifkannya semasa mengharung laluan yang kasar. Semua penukaran mode boleh dilakukan semasa motosikal bergerak dalam kelajuan tertentu.

Penampilan R1200 GS 2013 seolah-olah tiada perbezaan dengan model terdahulu. Namun sebenarnya ia telah menerima proses naik taraf pada beberapa bahagian. Penghadang lumpur yang dipanggil ‘paruh’ dan sudah menjadi trademark sebuah GS kini lebih besar. Manakala lampu utamanya menggunakan lampu LED (untuk varian Dynamic). Ini merupakan ciri yang pertama seumpamanya pada sesebuah motosikal.

Demi keselesaan, terutama ketika ditunggang dalam perjalanan jauh, aspek ergonomik juga telah disemak semula. Justeru, rekaan tempat duduk dan perehat kaki dibina agar lebih rendah, di samping rekaan tubuh yang lebih kurus. Antara ciri menarik lain yang ada pada R1200 GS 2013 termasukah angkup brek Brembo, sistem auto cruise dan penghadang angin lebih aerodinamik.

* Artikel ini disiarkan dalam majalah Roadstar edisi 2

Previous Post

Tidak Terhad Kepada Jenama Tertentu!

Next Post

Motor Yang Jarang Dilihat Atau Dengar

Next Post

Motor Yang Jarang Dilihat Atau Dengar

CAPAIAN

  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved