Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Teknologi Bateri Boleh Tukar Jadi Pencetus Ilham

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-03-05
in UTAMA
0

Sebagaimana yang sudah diketahui umum, pada 1 Mac yang lalu, KTM, Honda, Piaggio dan Yamaha telah mengumumkan pembentukan konsortium bagi membangunkan standard bateri boleh-tukar untuk motosikal keluaran mereka. Berita pembangunan teknologi bateri boleh tukar ini telah mencetuskan idea kepada seorang pelajar iaitu Julien Lecreux yang membayangkan platform elektrik untuk motor KTM sebagai lightweight adventurer.

Diangkat menggunakan EX-C Freeride terkini, Lecreux menghasilkan formula untuk sebuah motor futuristik-uber dual-sport yang menampilkan HUB yang disepadukan bersama windshield, fore dan lengan ayun sisi tunggal. Rekaan yang cukup bergaya ini mengetengahkan konsep Light Adventure dengan menggunakan teknologi yang ada pada hari ini.

Beliau mengimpikan sistem bateri intuitif yang membekalkan sel bahan api dengan dua pek kuasa eksternal. Bateri tambahan ini disambungkan di bahagian bawah fairing hadapan. Kedudukan yang sejajar tangki minyak pada 790/890 Adventure dan memberi keutamaan terhadap pengendalian dengan memusatkan pada bahan api. Pek bateri ekstra ini juga mengisi kekosongan di antara fascia dan lengan ayun hadapan.

Walaupun dengan penambahan berat, sistem modular ini membolehkan penunggang meningkatkan kelajuan dengan mudah. Kepada penunggang yang gemar pemecutan pantas, bateri ini boleh dialihkan untuk mengurangkan beban. Light Adventurer rekaan Lecreux ini mungkin kelihatan sebagai sebuah konsep yang bagus tetapi dari segi praktikal ianya nampak sangat bermasalah.

Salah satu masalah yang jelas, penunggang perlu menyambung pek kuasa sampingan, memandangkan yang sudah melekat akan memberi kesan terhadap penjajaran dan pengendalian. Selain itu, penambahan berat juga boleh memberi kesan secara keseluruhan khususnya bateri yang sedia ada akan menjadi satu-satunya punca kuasa yang tinggal. Dengan penggunaan pek bateri boleh tukar ini, stereng hab-tengah berpotensi berhadapan dengan masalah ketika penunggangan lasak.

Stereng hab-tengah akan menjadi lambat berbanding suspensi depan-belakang yang lebih konvensional. Sistem penyambungan kompleks adalah sangat mahal untuk dihasilkan, ditambah pula dengan penambahan rintangan untuk membangunkan platform elektrik.

Tidak dinafikan bahawa konsep Light Adventure Lecreux ini sangat menarik tetapi mungkin terlalu banyak inovasi yang dilakarkan beliau di atas kertas lukisannya. Mungkin di satu hari nanti, KTM akan cuba menggunakan idea Lecreux terhadap projek bateri boleh tukar ini di masa hadapan. Itu pun dengan cara yang jauh lebih murah.

Sumber : RideApart.com

Previous Post

Umum 5 Pelumba Untuk Cub Prix Musim 2021

Next Post

Motor Kustom Diinspirasikan Porsche Speedster

Next Post

Motor Kustom Diinspirasikan Porsche Speedster

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved