Road Star
Koyoko
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tayar Kenda Jaminan Jangka Hayat Melebihi 10,000 km

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-11-11
in BULETIN, UTAMA
0

Semua pengguna motosikal hari ini, sedia maklum bahawa jangka hayat sesebuah tayar motosikal hanya mampu bertahan sehingga 4 tahun mahupun kurang daripada itu. Bagi sesetengah pengguna, memilih walaupun satu set tayar sekali pun merupakan tugas yang amat mencabar. Jenama apakah yang terbaik? Jenis bunga tayar apakah yang harus digunakan? Apakah jenama tayar paling berkualiti selepas tempoh jangka hayatnya? Segala persoalan ini hanya mampu dijawab jika anda beralih ke jenama tayar Kenda.

Model tayar Kenda sebenarnya cukup istimewa untuk pengguna ketahui. Seperti jenama tersohor lain, tayar Kenda adalah jenama yang tidak asing bagi penunggang motosikal tempatan sejak sekian lama. Dikenali sejak tahun 1962, tayar Kenda diakui ketahanan dan kualitinya samada bagi melakukan perjalanan jauh mahupun berulang alik ke tempat kerja seharian malah jenama ini sememangnya cukup arif dengan permukaan jalan di Malaysia.

Samada berdepan dengan cuaca tidak menentu seperti hujan dan panas membahang, tayar Kenda telah terbukti mampu menangani segala halangan terbabit. Terbaharu, tayar Kenda memperkenalkan Kenda Supido Siri K682 dengan jaminan pembatuan melebihi 10,000km (selepas had usia tayar terbabit). Ia merupakan keistimewaan yang terdapat pada tayar Kenda Supido Siri K682 berbanding jenama yang lain.

Untuk rekod, jenama tayar lain hanya sekadar memberi jaminan pembatuan sebanyak 3,000km hingga 5,000km selepas tempoh jangka hayat tayar mereka. Selain kualiti dan ketahanan, lakaran bunga yang menarik dan memberi impak berkesan ketika permukaan jalan raya yang basah turut menjadi inspirasi positif buat si penunggang. Terdapat tiga model tayar Kenda Supido Siri K682 menjadi pilihan anda dengan saiz 70/90-17 (38s), 80/90-17 (44s) dan 90/80-17 (46s) dan anda boleh dapati Tayar Kenda di kedai-kedai berhampiran dengan kawasan anda.

Untuk maklumat lanjut, hubungi;
Koyoko MP Sdn Bhd
Plot 163, Lorong Perindustrian Bukit Minyak 11,
Mukim 13, Kawasan Perindustrial Bukit Minyak,
14100 Seberang Prai Tengah,
Pulau Pinang, Malaysia.
Tel : 04 – 502 0139
Emel : sales@koyoko.com.my
Facebook : https://www.facebook.com/koyokosales
Web : https://koyoko.com.my/
Agen-agen KENDA boleh didapati di www.koyoko.com.my/dealers-2

Previous Post

Labuan International Bike Week 2019

Next Post

Himpunan TXR 150

Next Post

Himpunan TXR 150

KATEGORI

  • UTAMA
  • SHOW OFF
  • BULETIN
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI

CAPAIAN

  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018
Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved