Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tarik 30,000 Pengunjung di Litar Permotoran Gong Badak

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-05-15
in BULETIN, UTAMA
0

Penganjuran kali ketiga Scooterian Mega Gathering yang berlangsung pada 9 dan 10 Mei lalu sekali lagi mencipta kejayaan tersendiri apabila berjaya menarik kehadiran seramai lebih 30,000 orang pengunjung ke Litar Permotoran Gong Badak. Dianjurkan oleh Kelab Sahabat Sejati Terengganu, Scooterian Mega Gathering 3.0 ini menjadi pelepas rindu kepada para peminat skuter sekali gus menjadi salah satu acara tahunan yang dinanti-nantikan komuniti skuter tempatan dan juga luar negara.

Acara ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik yang sesuai untuk seisi keluarga termasuk persembahan dikir barat oleh kumpulan Dikir Barat Sera Bading Bintang Kecil Ahmad Dahni dan persembahan qasidah dari kumpulan Soutul Muhibbin pimpinan Ustaz Khairul Izzat dari Madrasah tempatan. Selain itu, pertunjukan Mini GP dan pertandingan mewarna untuk kanak-kanak turut menyerikan suasana, menjadikan acara ini inklusif untuk semua peringkat umur.

Tumpuan turut diberikan kepada jualan produk dan aksesori keperluan skuter yang ditawarkan oleh pelbagai vendor, memberikan peluang kepada pengunjung untuk mendapatkan barangan berkualiti. Seperti acara-acara sebelumnya, pertandingan motorshow tetap menjadi tarikan utama dengan hampir 50 penyertaan dari seluruh Malaysia, memperlihatkan kreativiti dan modifikasi menarik dari pemilik skuter.

Kemuncak acara pastinya adalah cabutan bertuah yang menawarkan pelbagai hadiah bernilai tinggi. Antara hadiah utama termasuk Yamaha XMax, Yamaha NVX 155, Gemma 125, dua unit Benelli Panarea 125, pakej Umrah, jongkong emas (Gold Bar) dan sebentuk cincin Swarovski. Hadiah-hadiah ini menjadi penyeri majlis dan mencetuskan keterujaan dalam kalangan pengunjung yang hadir.

Scooterian Mega Gathering 3.0 mendapat sokongan padu daripada pelbagai penaja utama seperti Soon Huat Seng Brothers, Wakaf Tapai, MForce, dan Znex Lab. Turut sama menjayakan acara ini ialah penaja bersama seperti Nawwarah Travel & Tours, Tobaki, FKR, Koyoko, Karbonz, Motoland, X Roov, Dr. Helmet, Papa Cupal, Fastech Motors, 219Design, MT Carbon, Cg. Matic, Delkevic, Garage Carbon 26 Indonesia, YHS x 69, dan Scootigan. Kerjasama erat ini membuktikan kesatuan komuniti skuter dalam mengangkat budaya permotoran ke tahap yang lebih tinggi.

Majlis berakhir dengan acara penyampaian hadiah kepada para pemenang motorshow serta pengumuman cabutan bertuah. Scooterian Mega Gathering 3.0 bukan sekadar satu perhimpunan peminat skuter, tetapi turut menjadi wadah memperkukuh silaturahim, mengangkat seni budaya dan menyemarakkan semangat komuniti yang berkongsi minat yang sama. Tahniah kepada semua pihak yang menjayakan program gilang-gemilang ini!

Previous Post

Crew RS150 Perak Official & Honda Impian X Welly Team Cipta Kenangan Manis Bersama

Next Post

Dua Skuter Premium Yamaha Tampil Lebih Canggih Dengan Teknologi Baharu Dan Rekaan Eksklusif Di Malaysia Autoshow 2025

Next Post

Dua Skuter Premium Yamaha Tampil Lebih Canggih Dengan Teknologi Baharu Dan Rekaan Eksklusif Di Malaysia Autoshow 2025

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved