Tanda Kepercayaan dan Semangat Persaudaraan Dalam Dunia Permotoran

Satu lagi detik bersejarah buat komuniti Northern Versys Owners Group (NVOG) telah dicatatkan apabila pasukan NVOG & Friends menerima tajaan rasmi daripada M02 Lubricants, disampaikan sendiri oleh pengasasnya, En. Swingg Ong. Diadakan dalam sesi siaran langsung yang bertempat di pejabat MO2, Taman Budiman, Bukit Mertajam.

Majlis yang berlangsung dalam suasana penuh semangat persaudaraan itu bukan sekadar memperkenalkan T-shirt rasmi NVOG Adventure: Episode Himalaya Nepal 2025, malah menjadi simbol kepada hubungan erat antara dunia permotoran dan industri sokongan seperti MO2 yang terus menggerakkan budaya tunggangan berhemah di Malaysia.

Ini merupakan tahun kedua berturut-turut MO2 Lubricants tampil sebagai penaja utama selepas kejayaan mereka menaja T-shirt Ride NVOG Adventure: Episode Karakoram II Deosai 2024 tahun lalu. Sumbangan dan komitmen ini melambangkan kepercayaan tinggi terhadap semangat dan disiplin yang ditunjukkan oleh ahli-ahli NVOG dalam setiap misi jelajah antarabangsa yang mereka sertai.

Bagi pihak pentadbiran NVOG, wakil kelab, AD NVOG, menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada En. Ong dan seluruh pasukan MO2 kerana terus memberi sokongan padu kepada aktiviti kelab yang berteraskan persahabatan, disiplin dan semangat eksplorasi. Sumbangan ini bukan sekadar tajaan pakaian, tetapi manifestasi kepercayaan terhadap komitmen komuniti bermotor dalam mengukuhkan imej positif penunggang Malaysia di persada antarabangsa.

NVOG yang kini dikenali di rantau Asia atas keaktifannya dalam misi-misi ekspedisi jarak jauh, sentiasa menjunjung nilai persaudaraan dan keselamatan di jalan raya. Dalam setiap perjalanan, ahli NVOG membawa imej negara dan nilai murni sebagai duta kecil Malaysia. Bukan sahaja melalui bendera yang dikibarkan di setiap destinasi, tetapi juga melalui disiplin dan semangat tolong-menolong sesama rakan tunggangan.

Turut sama memberikan sokongan kepada Misi Nepal 2025 (Mustang–Chitwan) kali ini ialah Laurea, diwakili oleh Ahmad Faisal Hisham, yang juga merupakan salah seorang peserta Nepal kali ini, serta majalah Roadstar melalui liputan khas oleh En. C.H. Lee yang sentiasa menerbitkan artikel perjalanan ekspedisi group NVOG & Friends.

Sokongan dua entiti penting ini memperkukuh lagi misi kali ini sebagai satu projek kolaborasi yang menyatukan industri permotoran, media, dan rakan penaja ke arah matlamat bersama iaitu memperkenalkan keindahan budaya menunggang secara bertanggungjawab sambil mengharumkan nama Malaysia di bumi Himalaya.

Tidak ketinggalan, Himalaya Offroad Explorer yang diketuai oleh Shahidan Mohd dan Hj. Dzulkeffly Hassan turut memainkan peranan penting sebagai rakan strategik dalam penyelarasan laluan ekstrem seperti Jomsom, Muktinath dan Mustang Valley, memastikan keselamatan serta kelancaran misi ini di pergunungan tertinggi dunia.

Misi NVOG Adventure: Episode Himalaya Nepal 2025 dijadualkan bermula pada 4 Disember hingga 12 Disember 2025, melibatkan laluan epik dari Kathmandu – Pokhara – Ghandruk – Lete – Jomsom – Muktinath – Chitwan, sebelum kembali ke ibu negara Nepal. Setiap hari perjalanan diserikan dengan pemakaian kemeja-t rasmi tajaan MO2, Laurea, dan edisi khas NVOG 2025, yang menjadi simbol kebanggaan serta penghargaan kepada semua pihak yang menjayakan misi ini.

Lebih menarik, sesi pelancaran kemeja-t diadakan secara langsung menerusi Live TikTok MO2 bersama En. Ong, sekali gus memberi peluang kepada para peminat permotoran untuk menyaksikan semangat jitu yang mengalir dalam diri setiap ahli NVOG.

Semoga kerjasama erat antara NVOG, MO2 Lubricants, Laurea dan majalah Roadstar ini terus berkembang kukuh dan menjadi inspirasi kepada kelab-kelab lain di Malaysia dalam menjadikan dunia permotoran bukan sekadar hobi tetapi satu wadah untuk mengeratkan silaturahim, mengharumkan nama negara, dan membina legasi persahabatan tanpa sempadan.

Senarai Peserta NVOG & Friends:
• Afzal Bin Abdul Aziz
• Ahmad Faisal Bin Hisham
• Ahmad Fazrul Shahril Bin Tajuddeen
• Azran Bin Mohamad
• Jamaluddin Bin Ismail
• Low Soon Lee
• Malek Bin Abu Hassan
• Md Nasir Bin Mohamad
• Md Noh Bin Jamaludin
• Mohamad Hatta Bin Omar
• Mohammad Fauzee Bin Haji Mohd Isa
• Mohd Abdul Rani Bin Harun
• Mohd Nor Shuhadat Bin Ibrahim
• Mohd Shuki Bin Ahmad
• Mohd Tarmizi Bin Yusof
• Muhamad Zuraidi Bin Mohamad Shukri
• Ramli Bin Abdullah
• Rosli Bin Chek Lah
• Shahzan Amir Bin Azmi
• Zulkepli Bin Mohd Isa
• Sarakawi Bin Salim
• Zabidi Bin Hj Md Zain
• Idris Bin Othman