Hong Leong Yamaha Motor hari ini lancarkan warna istimewa Yamaha Y15ZR Special Edition (SE) 2025. Model versi SE ini tampil dengan warna baharu Bronze Fury yang didatangkan dengan sport visor dan bakul premium Yamaha yang dilengkapi port pengecasan USB Type-C.
Bagaimana pun, model Y15ZR masih mengekalkan spesifikasi asas kapcai seperti sebelumnya dengan enjin silinder tunggal 150 cc patuh piawaian emisi Euro 4 (EU4), penyejukan cecair, 4 lejang, SOHC dengan menghasilkan 11.3 kW @ 8,500 rpm dan daya kilas 13.8 Nm @ 7,000 rpm yang dipadankan dengan transmisi lima nisbah kelajuan.
Info lain mengenai model ini, ia menggunakan suspensi depan menggunakan fork teleskopik sementara bahagian belakang pula disokong dengan lengan ayun. Manakala kedua-dua roda didatangkan dengan sistem brek cakera. Model yang dilahirkan pada tahun 2015 dengan beberapa nama mengikut negara masing-masing seperti Yamaha Exciter 150 (Vietnam) dan Jupiter MX King (Indonesia) menerima sambutan yang baik dikalangan pengguna motosikal di rantau ini.
Ketinggian pelana adalah sekitar 780 mm sementara kapasiti tangki bahan api adalah sebesar 4.2 liter.
Model ini menggunakan kerangka jenis Backbone dipadankan dengan suspensi hadapan jenis teleskopik sementara suspensi belakang dari jenis lengan buai.
Bagi mereka yang berminat untuk mendapat model Special Edition ini, setiap pembelian Y15ZR dengan warna baharu ini akan dibekalkan kunci cakera Yamaha bernilai RM100 secara percuma. Harga jualan Yamaha Y15ZR SE 2025 bermula dari RM9,498.00 tidak termasuk pendaftaran dan insurans.
Ini menjadikan harga Y15ZR SE ini dengan penampilan warna baharu ini sedikit mahal berbanding penawaran terdahulu (RM8,498) dan model ini sudah pun berada di pengedar Yamaha berhampiran anda.