Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Tampil Dengan Ciri NFC Dan Jarak Jauh 120km Pada Harga Luar Biasa

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-05-19
in BULETIN, UTAMA
0

EZI RAY 01 skuter elektrik diluncurkan bersempena Program Mega JPJ Madani 2026 X Karnival Jom Heboh dan Sambutan Ulang Tahun Hari JPJ ke-80) jelas menarik perhatian pengunjung ketika ia berlangsung di Stadium Batu Kawan baru-baru ini.

Ditawarkan pada harga asal RM4,688.00, EZI RAY 01 kini boleh dimiliki pada harga istimewa RM2,288.00 selepas rebat Mforce.Cas sebanyak RM2,400.00, tidak termasuk kos pendaftaran dan insurans. Promosi ini sah sehingga 30 Jun 2026 atau selagi stok masih ada.

EZI RAY 01 hadir dengan empat pilihan warna iaitu Nova White, Plasma Blue, Venus Grey dan City Black, menawarkan solusi mobiliti elektrik moden dan praktikal untuk kegunaan harian di kawasan bandar.

EZI RAY 01 berkuasa dengan motor hub berkuasa 2,000 W yang disokong oleh sistem penyejukan udara, memberikan prestasi yang lancar dan efisien untuk kegunaan harian. Skuter ini menawarkan jarak perjalanan tipikal sehingga 120 km pada kelajuan 25 km/j serta kelajuan maksimum 68 km/j, sesuai untuk perjalanan jarak dekat hingga sederhana.

Sistem suspensi terdiri daripada fork teleskopik di hadapan dan penyerap hentak berkembar di belakang dengan pelarasan pra-beban, memastikan keselesaan tunggangan dalam persekitaran bandar. Sistem brek pula menggunakan cakera di bahagian hadapan dan belakang bagi memberikan kuasa pemberhentian yang lebih baik.

EZI RAY 01 menggunakan tayar CST bersaiz 90/90-10 di hadapan dan belakang. Dari segi dimensi, ia berukuran 1,732 mm panjang, 746 mm lebar dan 1,067 mm tinggi, dengan jarak roda 1,245 mm serta ketinggian tempat duduk 735 mm. Skuter ini mempunyai berat bersih 130 kg, menawarkan kestabilan tanpa menjejaskan
kemudahan kawalan.

Dari aspek ciri-ciri, EZI RAY 01 dilengkapi paparan meter LED, port pengecas USB (Type-A dengan LED) serta sistem kemasukan tanpa kunci bersama NFC untuk kemudahan penggunaan. Sistem pencahayaan menggunakan teknologi LED sepenuhnya merangkumi lampu isyarat, lampu kecemasan, lampu hadapan dengan
DRL dan lampu belakang.

Ciri praktikal tambahan termasuk ruang simpanan hadapan bersama cangkuk, bateri jenis asid plumbum 72V32Ah, tiga mod tunggangan serta fungsi bantuan tolakan (Walk Assist / E Mode) yang memudahkan pergerakan dalam situasi tertentu.

Dengan gabungan harga yang berpatutan, ciri praktikal dan kecekapan tenaga elektrik, EZI RAY 01 tampil sebagai pilihan menarik untuk rakyat Malaysia yang ingin beralih kepada mobiliti elektrik.

Setiap pembelian EZI RAY 01 disertakan dengan jaminan pengeluar selama dua tahun atau sehingga 20,000 km, mana-mana yang tiba dahulu, tertakluk kepada terma dan syarat.

Previous Post

+Ester 5W-40 Definisi Baharu Minyak Enjin Skuter Prestasi Tinggi

CAPAIAN

  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved