Bukan lagi benda baharu dan ia menjadi satu trend di mana setiap kali filem-filem berpotensi untuk catat kutipan pecah panggung ditayangkan, maka bermacam-macam jenama yang akan mengeluarkan edisi khas. Lakonan terbaharu Daniel Craig dan terakhir untuk siri James Bond, No Time To Die bakal ditayangkan di pawagam seluruh dunia pada bulan Oktober ini.
Bagi ‘meraikan’ ketibaan filem agensi perisik terkenal seluruh dunia itu, Bond yang asalnya dari British kembali dengan motor Scrambler 1200 dan Tiger 900 yang dikeluarkan Triumph. Diperkenalkan pada Mei lepas, Scrambler 1200 Bond Edition ini meraikan penayangan filem terbaharu dan yang ke-25 setelah ditunda dari tarikh asalnya pada November tahun lalu.
Memandangkan tarikh tayangan semakin hampir, Triumph mengeluarkan pula Tiger 900 Bond Edition. Berdasarkan Tiger 900 Rally Pro, edisi terhad ADV masih lagi menampilkan ciri-ciri inovatif 900cc, T-Plane yang menghasilkan 94hp dan tork 64 lb-ft. Bond Edition ini ditawarkan dalam warna Matt Sapphire Black bersama kemasan emas dan grafik menggunakan tema 007. Hanya 250 unit Tiger 900 Bond dikeluarkan.
Sumber : Rideapart