Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

SYM JET X 150 Dilancarkan Secara Rasmi Di Pasaran Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-05-19
in BULETIN, UTAMA
0

Selepas sesi pratonton skuter terbaharu MForce bersama rakan-rakan media pada April yang lalu, kini SYM Jet X secara rasminya telah pun dilancarkan dan bakal berada di pasaran bermula 19 Mei 2021 di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. Skuter SYM Jet X 150 ini mempunyai dua variasi; Standard yang dijual pada harga asas RM8,888.00 dan Special Edition (SE) dengan harga RM9,188.00 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan. Untuk variasi Standard, terdapat tiga warna pilihan iaitu kelabu, merah dan kuning manakala warna biru Chameleon untuk variasi SE.

SYM Jet X 150 dikuasakan oleh enjin suntikan bahan api satu silinder 149.6cc yang mampu menjana kuasa 12.3HP pada 8,000rpm dan 12Nm tork pada 6,000 rpm. Reka bentuk Jet X 150 adalah lebih eksklusif dan kemas serta didatangi dengan sistem kunci pintar bersama penggera untuk tujuan keselamatan. Semua lampu di skuter ini menggunakan LED dan dilengkapi dengan meter LCD digital penuh dengan skrin auto dimmer.

Skuter 140kg ini memiliki tangki bahan api 7.5 liter dan ruang bawah tempat duduk berkapasiti 18 liter, ibarat memuatkan satu helmet fullface. SYM Jet X 150 menggunakan brek jenis CBS dan menggunakan suspensi jenis teleskopik untuk fork hadapan dan dwi-penyerap hentakan boleh laras di bahagian belakang untuk sokongan dan stabiliti unggul. Jet X 150 turut menyediakan soket pengecas USB yang membolehkan anda dapat mengecas gajet anda sambil menunggang.

Dengan setiap pembelian SYM Jet X 150, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Hafizh Syahrin, Raih Satu Mata!

Next Post

Zuma, Skuter Untuk Perjalanan Lasak

Next Post

Zuma, Skuter Untuk Perjalanan Lasak

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved