Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Syarikat Perkhidmatan Cucian Motosikal Bumiputera Pertama Di Pulau Pinang

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-11-05
in BULETIN, UTAMA
0

Ditubuhkan pada tahun 2014, Empire Bike Wash Steam Spa And Detailing ini adalah sebuah syarikat perkhidmatan cucian motosikal bumiputera yang pertama di Pulau Pinang. Penubuhan syarikat ini adalah idea pemiliknya iaitu saudara Azmat Bin Hashim atau dikenali sebagai Long.

Berbekalkan pengalaman dan pernah berkhidmat selama 13 tahun sebagai pengurusan logistik tentera darat malaysia, beliau menggunakan ilmu yang dipelajari sepanjang perkhidmatan dan mempraktikannya dalam bidang perniagaan.

Kini, saudara Long telah meninggalkan kerjayanya sebagai anggota tentera dan menguruskan perniagaan menawarkan servis perhidmatan cucian motosikal; bike spa dan detailing sepenuh masa.

Bagi makluman, Empire Bike Wash mempunyai 6 orang pekerja berpengalaman dan berkemahiran tinggi dalam membuat cucian detailing dari semua jenis motosikal kapcai hingga ke motosikal berkuasa tinggi. Bukan itu sahaja, mereka juga menggunakan produk sendiri seperti sabun, waxing, coating dan juga rust-remover untuk bahagian ekzos yang berkarat.

Apa yang lebih menarik tentang syarikat ini, saudara Long telah menjalinkan hubungan usaha sama dengan bahagian penjara Pulau Pinang untuk mengambil ODP atau banduan yang mana telah melakukan kesalahan kecil seperti penyalahgunaan dadah, mencuri atau kes jenayah kecil lain untuk diberi peluang bekerja bersama beliau.

Selain dapat menbantu pesalah-pesalah ini berubah, ia juga dapat membantu meningkatkan salsiah serta jati diri setiap banduan apabila bersama masyarakat dan merasa diri mereka tidak disisihkan. Hasil hubungan baik antara majikan dan banduan ini, saudara Long telah dianugerahkan majikan terbaik pada tahun 2018 oleh pihak penjara.

Sebanyak 15 pesalah telah berjaya berubah dan pulang ke pangkal jalan dan ada juga yang ingin terus sambung berkerja di syarikat tersebut kerana menerima layanan serta tempat tinggal yang baik.

Pada awal tahun 2016, dengan bermodalkan dari duit simpan dan keuntungan, saudara Long telah membeli sebuah mesin steam yang berharga RM9,000 yang diimport dari Korea. Mesin steam ini digunakan khas untuk membuat cucian detailing bahagian part enjin dan body motosikal.

Empire Bike Wash sangat berbeza dengan kedai cucian motor atau kereta yang lain kerana mengutamakan cucian detailing sepenuhnya.

Steam wash bermaksud wap air panas yang digunakan untuk cucian dan ia dapat mencuci di bahagian enjin Sertai bahagian yang tidak dapat dicuci mengunakan tangan. Mesin ini juga dapat menyingkirkan hampir 90% kotoran yang melekat pada motosikal seperti minyak, tanah, karat dan lumpur.

Selama 6 tahun Empire Bike Wash dalam bidang spa motosikal hingga berjaya membuka 3 buah cawangan di Pulau Pinang yang bertempat di Jelutong, Balik Pulau dan Tanjung Bunga.

Sepertimana yang sedia maklum, kedai perkhidmatan cucian motor naik begitu banyak seperti cendawan tumbuh. Namun, ia tidak menjadi satu persaingan kepada saudara Long yang menganggap ini hanya satu cabaran untuk beliau terus berusaha gigih dalam perniagaan perkhidmatan spa motosikal.

Bagi melengkapkan visi dan misi untuk memberi perkhidmatan yang cepat dan cekap selain menjadi syarikat servis perkhidmatan yang terbaik, saudara Long kerap mengamalkan konsep mengutamakan kualiti berbanding kuantiti untuk setiap motosikal yang telah siap dicuci oleh staf beliau.

Dalam perancangan awal, saudara Long ada berniat untuk menambah lagi cawagan bike spa ini di seluruh Malaysia. Insya-Allah.

Empire Bike Wash
153K Persara Mahsuri 1 Bayan Lepas,
Pulau Pinang.
No Tel : 013 438 4826
Facebook : EMPIRE BIKE WASH
Instagram : LONG EMPIRE
Youtube : LONG EMPIRE

Previous Post

Kemungkinan Dibatalkan Akibat Penularan Kes Positif Di Portugal

Next Post

Motosikal Ke-30 Juta Honda Di Vietnam

Next Post

Motosikal Ke-30 Juta Honda Di Vietnam

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved