Perancangan Harley-Davidson untuk mengeluarkan cruiser 300cc bukan perkara baharu kerana ia sering diperkatakan dan ia dibangunkan dengan kerjasama sebuah pengeluar China iaitu Qianjiang Motor (QJ Motor). Rancangan ini dikatakan hampir menjadi realiti. Sebelum ini, hanya konsep sahaja diketahui tetapi sekarang gambar sebenar dari dokumen yang difailkan oleh QJ Motor untuk SRV300 telah pun didedahkan.
Memandangkan motor ini bakal memakai jenama QJ, berkemungkinan besar ia dijadikan sebagai entry level untuk pasaran di Asia.
Apa yang menarik, motor baharu ini menampilkan enjin V-twin dengan bersesaran 296cc. Boleh jadi ia sebuah motor paling comel dan V-twin paling kompak dengan menggunakan nama Harley-Davidson. Selain itu, rekabentuk keseluruhan SRV300 seakan mengambil inspirasi dari beberapa motor besar MoCo seperti Sportster Iron 883 dan Street 750. Motor ini juga dikatakan menghasilkan 30hp.
Dari sudut lainnya, kerjasama di antara Harley-Davidson dan Qianjian Motor dilihat sangat kukuh. Malah, pasaran Asia adalah tempat yang bagus untuk Harley-Davidson meningkatkan jualannya dengan peningkatan ekonomi yang diterjemahkan melalui kuasa beli dari golongan pertengahan.
Sumber : Rideapart.com