QJ Motor, ibu kepada syarikat Benelli dilihat terpaksa bekerja keras setiap kali tiba waktu untuk melancarkan model terbaharu keluarannya. Buat masa yang agak lama, jenama ini mengehadkan operasinya hanya dalam China dan Benelli pula mengendalikan pasaran global.
Bagaimanapun, bermula pada Julai 2022, syarikat ini dikatakan bakal menjual motor berjenama QJ Motor di Eropah. Model entry-level QJ Motor untuk dipasarkan di Eropah didatangkan dalam model SRK 400. Jentera ini dikatakan bakal bersaing dengan KTM 390 Duke dan Kawasaki Z400.
Motosikal ini terbukti antara model paling serba guna di Eropah kerana harganya yang mampu milik, mudah didapati dan prestasi yang cemerlang. Jadi, tidak hairanlah kalau QJ Motor mempunyai strategi untuk memperkenalkan SRK 400 ini di pasaran Eropah.
SRK 400 ini dijual pada harga 5,800 Euros atau $6,200 USD bersamaan RM27,049.00. Ia juga dilengkapi dengan prestasi yang tidak kurang hebatnya. Dengan 41.5hp, ia berada dalam golongan kelas 300 hingga 400. Ia juga didatangkan dengan standard 400cc penyejukan cecair, engin parallel-twin, sama seperti yang dikeluarkan oleh pengeluar China yang lain iaitu 400 NK dari CFMOTO.
Walau bagaimanapun, SRK 400 dari QJ Motor ini memang dibina untuk bajet tertentu. Sebagai permulaan, ianya agak berat – berat dalam kategorinya. 186kg dan sedia untuk ditunggang, 20kg lebih berat berbanding pesaingnya dari keluaran negara Eropah dan Jepun yang lain. Sudut dimensinya pula, ia lebih tinggi dan lebih panjang.
Jika diambil kira dari pelbagai sudut dan faktor, penunggang muda pastinya dapat berjimat lebih apabila membeli SRK 400 dari QJ Motor ini. SRK 400 akan ditemani SRV 550 dan SRK 700 apabila ia dilancarkan secara rasmi di Eropah pada Julai ini.
Sumber : Rideapart