Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

SM Sport 110R Versi Baharu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-05-27
in BULETIN, UTAMA
0

Sejak pelancaran SM Sport 110R pada tahun 2017 yang lalu, MForce sentiasa mempertingkatkan mutu dan kualiti demi memastikan kepuasan para peminat motosikal. Oleh itu, kini MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. telah mengeluarkan SM Sport 110R versi baharu yang mengalami perubahan dari segi warna dan grafik (C&G) untuk seiring dengan pilihan pasaran semasa. SM Sport 110R mampu menghasilkan hantaran kuasa setinggi 6.04Hp pada 7,500rpm dan tork 7.0Nm pada 5,000rpm yang sangat sesuai untuk kegunaan harian.

Untuk memberikan keselesaan yang lebih baik, berat keseluruhan SM Sport 110R ini adalah 105kg untuk pengendalian yang sempurna. Ruang simpanannya juga cukup luas dengan kapasiti 10-liter yang mampu memuatkan pelbagai barangan peribadi serta tangki petrol bersaiz 4.0-liter serta suis Fuel Saving untuk penjimatan yang optimum. Dari segi rekaan luaran pula, SM Sport 110R ini turut dilengkapkan dengan lampu isyarat hadapan dan belakang menggunakan jenis LED serta lampu DRL yang lebih terang.

Motosikal ini turut memiliki rim yang lebih sporty dan bergaya serta brek di cakera hadapan untuk tunggangan lebih selamat. SM Sport 110R menggunakan tayar tanpa tiub yang memiliki pelbagai kelebihan. Penggunaan tayar tanpa tiub mampu meningkatkan keselamatan ketika pancit, mampu menyerap hentakan lebih baik serta tekanan tayar yang lebih rendah berbanding menggunakan tayar dengan tiub.

SM Sport 110R dilengkapi dengan pengecas telefon USB dan sistem Rotary Gear yang dapat meningkatkan pengendalian dan tindakbalas semasa menunggang atau berhenti. Motosikal yang direka untuk menunggang ini memiliki peluncuran yang lancar bagi prestasi penunggangan yang lebih stabil serta memiliki dwi-penyerap hentakan Kayaba (KYB) di suspensi belakang.

Motosikal jenama tempatan milik MForce ini dijual pada harga asas RM4,018.00 tidak termasuk pendaftaran dan cukai jalan. Dengan setiap pembelian SM Sport 110R, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000 km (yang mana tiba dahulu) dan perkhidmatan pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

GSX-S1000 2022 Edisi Terhad Dibuka Untuk Tempahan, Hanya Lima Unit Untuk Pasaran Itali

Next Post

Versi Terbaharu NMAX 125 Tiba Di Pasaran Jepun

Next Post

Versi Terbaharu NMAX 125 Tiba Di Pasaran Jepun

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved