Skuter elektrik sangat sesuai digunakan khususnya di bandar-bandar urban Eropah dan ia pemandangan yang biasa di mana ramai menggunakan e-skuter untuk bergerak samada ke pejabat atau bersantai. Manakala kenderaan yang lebih besar seperti kereta dan motor digunakan untuk perjalanan yang jauh atau merentas daerah atau negeri.
Ada beberapa pengeluar skuter elektrik yang masih lagi jarang didengar dan salah satunya adalah Eccity. Berlokasi di Grasse, Perancis, ia mula-mula diperkenalkan hampir sedekad yang lalu dengan 50cc dan 125cc. Malah, ia juga pernah melancarkan Model 3.
Eccity meneruskan operasinya di selatan Perancis di mana skuternya telah dipasang secara tempatan dengan sumber yang datangnya dari seluruh dunia. Bagi model 2022, syarikat ini bercadang untuk memberikan kemaskini terbaharu serta memberikan beberapa ciri dan komponen terbaharu. Sebagai permulaan, rekaan seluruh model Eccity ini telah dikemaskini.
Skuter terbaharu Eccity ini juga menampilkan pendekatan yang cukup minima. Sebagai contoh, pemegang bar kini lebih terbuka dan bahagian kokpit telah diubah. Lebih besar dan kluster instrumen TFT lebih jelas, memberikan penampilan yang lebih premium serta moden. Walaupun macam-macam perubahan dilakukan, Eccity tetap menawarkan harga yang kompetitif. Skuter 50cc ditawarkan pada harga $7,528 USD, manakala 125cc pada $7,760 USD.
Sumber : Rideapart