Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Skuter Elektrik Lestari Terkini, Lebih Kecil dan Kuasa Yang Minimum

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-08-21
in BULETIN, UTAMA
0

Pengedar motosikal pelbagai jenama, MForce Sdn Bhd sekali lagi memperkenalkan skuter elektrik Yadea RS20. Kehadiran Yadea RS20 merupakan kesinambungan dengan model sebelum ini Yadea Velax yang dilancarkan di Pontian, Johor baru-baru ini.

Terdapat sedikit perbezaan antara dua model ini, Yadea RS20 lebih kecil dan kuasa yang minimum berbanding skuter Yadea Velax. Malah dari segi harga dan keterampilan, Yadea RS20 dilihat sebagai skuter bagi golongan marhaen dan motosikal bagi kegunaan harian.

Yadea RS20 yang dibawa oleh Yadea Malaysia dipertontonkan kepada umum dan rakan media bersempena dengan pembukaan MForce SmartShop ke-18 di Malaysia dan pembukaan kedai ke-5 di Selangor. Model skuter elektrik ini bagaimanapun dilihat antara skuter serba moden yang menggabungkan gaya, prestasi dan sudah tentu bagi kemudahan untuk kegunaan harian.

Ditawarkan pada harga RM4,998.00 (tidak termasuk cukai jalan dan insurans), model ini kini boleh didapati di semua pengedar sah MForce di seluruh Malaysia. Skuter ini juga akan layak menerima rebat daripada inisiatif MARiiCas dalam masa terdekat.

Yadea RS20 hadir dalam tiga pilihan warna menarik iaitu Khaki Grey, Roman Grey dan Grey, menampilkan reka bentuk kompak dan sporty yang sesuai untuk pengguna bandar. Skuter ini dikuasakan oleh motor berkuasa maksimum 2,450W, dengan kelajuan maksimum 51km/j dan tork maksimum 107Nm.

Bagi makluman, Yadea RS20 menggunakan bateri Graphene 72V22Ah yang mampu dicas dari 0% hingga 80% dalam masa 6 jam. Manakala pengecasan penuh 0% hingga 100% mengambil masa 8 jam. Dengan pengecasan penuh, Yadea RS20 mampu mencapai jarak tunggangan sehingga 105km (anggaran), menjadikannya pilihan praktikal untuk perjalanan harian.

Dari segi dimensi, model ini berukuran 1,820mm panjang, 666mm lebar dan 1,130– 1,290mm tinggi, dengan jarak roda 1,298mm, kelegaan tanah 180mm, serta ketinggian tempat duduk 765mm. Berat keseluruhan adalah 114kg dengan bateri dan 72kg tanpa bateri, manakala sudut mendaki maksimum ialah 13 ̊.

Bagi keselesaan dan keselamatan, Yadea RS20 dilengkapi tayar hadapan 90/80-12 dan tayar belakang 90/80-12, kedua-duanya jenis tanpa tiub. Suspensi hadapan menggunakan fork teleskopik, manakala belakang menggunakan penyerap hentak berkembar. Sistem membrek terdiri daripada brek cakera + CBS di hadapan dan brek drum + CBS di belakang untuk daya hentian yang selamat dan stabil.

Yadea RS20 boleh dipadankan dengan mengimbas kod QR unik melalui aplikasi Yadea App (tersedia untuk iOS dan Android). Setelah dipadankan, anda boleh membuka kunci motosikal terus melalui telefon pintar. Ia juga menyokong tiga kaedah membuka kunci (kunci mekanikal, kawalan jauh dan aplikasi Yadea), memberikan anda pelbagai alternatif dan kemudahan untuk menghidupkan motosikal.

Ciri-ciri tambahan termasuk lampu utama LED, lampu belakang LED, lampu isyarat LED, paparan meter digital, port pengecasan USB Type-A, fungsi gear undur, dua mod tunggangan iaitu ‘S’ (Sport) dan ‘E’ (Eco). Skuter elektrik ini juga menempatkan ruang simpanan depan, ruang simpanan bawah tempat duduk, rak belakang, suis keselamatan side stand, mechanical key entry system, serta sambungan aplikasi Yadea untuk kemudahan pintar.

Dengan setiap pembelian Yadea RS20, para pembeli boleh menikmati jaminan pengeluar selama dua tahun atau jarak perjalanan 20,000km (yang mana tiba dahulu) tertakluk kepada terma dan syarat. Para pembeli juga boleh menikmati pembelian alat ganti tulen atas talian oleh MForce Bike Holdings Sdn. Bhd.

Previous Post

Gabungan Evolube & Swallow, Menyemarakkan Lagi Suasana

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved