Boleh dikatakan, berita tentang kemunculan skuter elektrik semakin kerap menghiasi tajuk utama khususnya di pasaran Asia yang mempunyai lebih banyak bilangan pengguna pengangkutan jenis ini. Dengan permintaan yang tinggi, maka penghasilan dan pembinaan skuter elektrik pun kian bertambah. Kini, pengguna mempunyai pelbagai pilihan yang ada di pasaran.
Terbaharu, sebuah syarikat jentera dua roda elektrik di India iaitu EeVe mengumumkan akan melancarkan sebuah skuter elektrik dalam masa terdekat. Diberikan nama sebagai EeVe Soul, syarikat ini mempunyai jaminan kelulusan untuk membangunkan dan menghasilkan skuter baharu dari Automotive Research Association of India (ARAI).
Soul bakal menjadi model berkelajuan tinggi pertama yang dikeluarkan syarikat ini yang berkemampuan mencapai tahap kelajuan tertinggi sehingga 70km per jam. EeVe juga mengatakan, model ini mampu ditunggang lebih 130km dengan sekali pengecasan.
Sekiranya Eeve Soul berjaya, syarikat tersebut berharap untuk menghasilkan lebih banyak skuter elektrik berkelajuan tinggi di masa akan datang.
Sumber : Rideapart.com