Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Skuter Dengan Teknologi Smart-Hybrid, Merancakkan Industri Motosikal Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-07-04
in BULETIN, UTAMA
0

Baru-baru ini, Aveta Malaysia Sdn. Bhd. memperkenalkan varian terkini Aveta VADV V2 dengan penampilan yang lebih bergaya melalui warna terkini yang lebih urban. Skuter hibrid pintar yang pertama di Malaysia ini menawarkan teknologi Smart Hibrid.

Trenkuasa skuter ini mendapat bantuan Hibrid (Hybrid Assist) untuk pecutan menerusi Generator Motor Pintar (Smart Motor Generator). Menggabungkan teknologi canggih dengan beberapa penambahbaikan terkini menjadikan VADV V2 ini peneraju kepada revolusi motosikal mesra alam.

Dengan kuasa enjin 4-lejang 4-injap silinder tunggal SOHC penyejukan cecair, apa yang menarik mengenai VADV V2 ini, teknologi hibrid yang dikenali sebagai EQ Boost ini menjana kuasa elektrik tambahan daripada 3 saat kepada 10 saat yang digabungkan dengan kuasa enjin dalam pada masa yang sama. Ini memberikan pengalaman pecutan lancar dan menyeronokkan kepada penunggang.

Cukup menjimatkan minyak, enjin ini mampu menjana kuasa sehingga 12.1 kW dengan tork 14.6Nm. Dilengkapi dengan tangki minyak berkapasiti 9.3L, ia sememangnya ideal untuk perjalanan harian anda.

Dari segi prestasi keselamatan, VADV V2 menawarkan Sistem Brek Anti Kunci (SAF ABS) di kedua-dua brek hadapan dan belakang. Sistem ABS ini mampu membantu dalam meningkatkan kestabilan pada situasi kecemasan dan mengurangkan risiko kemalangan. Tambahan juga, varian terbaru ini dilengkapi dengan Sistem Kawalan Traksi (TCS) yang dapat mengurangkan ‘wheelspin’ lalu memastikan pergerakan lebih efisien dalam apa jua keadaan tunggangan.

Bukan itu sahaja, skuter ini juga dilengkapi dengan sistem lampu depan adaptif (AFS) yang menyesuaikan sinaran cahaya berdasarkan sudut tunggangan secara automatik. Dengan paparan TFT 7 inci, ia menyediakan maklumat yang jelas dan komprehensif kepada penunggang, manakala sistem tanpa kunci memberikan lebih kemudahan dan keselamatan buat pengguna.

Menurut Pengarah Urusan Kumpulan Aveta Malaysia, Steven Lim menyatakan “VADV V2 bukan sekadar skuter yang dilengkapi dengan keselamatan tetapi merupakan skuter yang menawarkan tunggangan urban lifestyle dimana kami gabungkan prestasi, gaya dan teknologi dalam satu pakej. Ini adalah visi kami untuk mengubah cara interaksi dan penglibatan kami di dalam industri ini dan untuk membuktikan bahawa VADV V2 mampu menjadi peneraju motosikal hibrid di pasaran Malaysia”

Kini VADV V2 hadir dalam dua pilihan warna iaitu Royal Blue dan Pristine White. Harga bermula RM13,980 tidak termasuk cukai jalan dan insurans. Untuk maklumat lebih lanjut tentang motosikal Aveta di Malaysia, sila lawati www.aveta.com.my.

Previous Post

Raikan Tahun Baru 2024 Bersama Cinta Tanpa Benci, Perpaduan Tanpa Sempadan

Next Post

Penganjuran Kali Kedua, Lebih Besar dan Lebih Meriah

Next Post

Penganjuran Kali Kedua, Lebih Besar dan Lebih Meriah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved