Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Skuter Bandar Dari Suzuki, Kembali Mewarnai Segmen Skuter Malaysia

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-04-22
in BULETIN, UTAMA
0

Masihkah anda ingat kemunculan skuter di Malaysia? Jika anda mengetahui mengenai perihal kehadiran jentera skuter di tanah air pasti dua model awal Suzuki PV 50 atau Suzuki Pasola bermain di fikiran anda.

Jenama Suzuki mempunyai sejarah skuter yang menarik di Malaysia, apabila jenama itu mendahului sebagai peneraju barisan skuter yang bergaya dan moden di sekitar tahun 90-an seperti model Suzuki V100, VR125, VS125, dan VS150. Itu belum lagi model-model kapcai seperti Suzuki RC 80, Suzuki Best 110, RG Sports 110, RGX 120, FX125, Raider 150, Suzuki Panther, Suzuki FXr 125, Suzuki FXR 150 dan Suzuki Gamma.

Walaupun pasaran kini dipenuhi bermacam-macam pilihan dalam pelbagai segmen skuter, komitmen Suzuki Malaysia kepada peminat dan orang ramai dalam menyediakan pilihan motosikal skuter yang berkualiti, bergaya, dan berprestasi tinggi ke pasaran yang unik ini.

Buktinya, pelancaran dua skuter bandar terbaharu; Suzuki Avenis 125cc dan Burgman Street EX membuktikan Suzuki Malaysia kembali mewarnai segmen skuter tempatan sekali gus mengukuhkan kehadirannya dalam segmen skuter kapasiti kecil di Malaysia. Kedua-dua model ini dikuasakan enjin SOHC SEP 125cc 4-Lejang dengan sistem penyejukan udara yang menjanakan kuasa sebanyak 8.7PS pada 6750 RPM dan tork sebanyak 10Nm pada 5500 RPM.

Manakala Burgman pula menampilkan ciri tambahan ‘Suzuki Eco Performance Alpha (SEP-α)’ yang dilengkapi dengan sistem ‘Engine Auto Stop-Start (EASS)’ untuk melengahkan enjin secara automatik apabila berhenti, serta ‘Suzuki Silent Starter System’ untuk permulaan semula enjin yang senyap.

Direka khas untuk golongan muda dengan gaya hidup dinamik, Avenis bakal memenuhi keperluan penggunaan harian yang memerlukan asimilasi penawaran pakej prestasi, keselesaan serta teknologi terkini. Untuk itu, skrin LCD yang kompak dengan susunan info yang intuitif serta kehadiran indikasi pengendalian bahan api ekonomi yang berkesan turut memberikan nilai tambah yang baik untuk sebuah skuter kompak ini.

Bagi memperkemaskan lagi konsep aktif ‘On-The-Go’, Avenis turut melengkapkan skuter ini dengan penutup inlet bahan api yang diletakkan dengan selesa di lokasi bahagian luar belakang tempat duduk. Dengan kapasiti tangka bahan api 5.2 Liter, Avenis memberikan jarak perjalanan yang sempurna sekali gus dapat mengurangkan kekerapan pengisian semula untuk kegunaan seharian.

Berbeza untuk Burgman Street EX, model ini dikategorikan sebagai skuter kompak eksekutif dan premium. Penawaran gabungan rekabentuk elegan, keselesaan dan praktikaliti, dijelmakan dengan jarak antara roda yang lebih panjang serta tempat duduk yang lebih luas sekaligus memberikan pengalaman kestabilan penunggangan yang selesa.

Ruang lantai kaki hadapan yang lebih panjang dan luas memberikan fleksibiliti ergonomik untuk meluruskan kaki mereka untuk keselesaan tambahan pengendalian skuter. Sama seperti Avenis, Burgman turut menawarkan ruang simpanan di bawah tempat duduk sebanyak 21.5 Liter, dua gantungan topi keledar, dan dua gantungan utiliti sebagai aksesori tambahan.

Ia juga menampilkan ruang penyimpanan yang dilengkapi pot pengecasan USB. Burgman jugalebih memfokuskan kepada pengguna yang memerlukan jarak lebih jauh untuk kegunaan harian dengan kapasiti tangki bahan api yang lebih besar, iaitu 5.5 Liter – yang terbaik dalam kelasnya.

Avenis tersedia dalam tiga pilihan warna menarik – Metallic Matte Fibroin Grey dengan Metallic Lush Green, Metallic Matte Black dengan Glass Sparkle Black, dan edisi khas Metallic Sonic Silver dengan Triton Blue ‘Edisi GP’ yang menampilkan grafik perlumbaan Suzuki. Sementara itu, Burgman Street EX datang dalam dua pilihan warna eksklusif – Pearl Moon Stone Gray dan Metallic Mat Black.

Avenis dan Burgman Street EX kini boleh didapati di semua pengedar Suzuki di seluruh negara. Harga Jualan Runcit Pengeluaran (MSRP) model skuter baru (tidak termasuk pendaftaran cukai jalan dan insurans) adalah seperti berikut:
1. Suzuki Avenis : RM 6,980.00
2. Suzuki Avenis (Edisi GP) : RM 7,200.00
3. Suzuki Burgman Street EX : RM 7,500.00

Previous Post

Dibuka Untuk Semua Bangsa Johor

Next Post

Menawarkan 4 Model Bagi Jenama & Model Terpilih

Next Post

Menawarkan 4 Model Bagi Jenama & Model Terpilih

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved