Dunia permotoran hari ini berkembang pesat dengan kemunculan model motosikal elektrik yang kian membanjiri pasaran. Kebanyakan pengeluar atau syarikat motor seluruh dunia mula mengadaptasi teknologi yang lebih baharu, besar dan lebih bagus untuk kegunaan ramai. Salah satu perkara yang paling penting, sudah pastinya keselamatan – satu-satunya yang akan meningkatkan prestasi motor tradisional.
Yamaha, salah sebuah jenama gergasi dunia permotoran memutuskan untuk memperbaiki ciri-ciri keselamatan ekoran statistik bahawa penunggang motosikal berhadapan dengan risiko berbanding pemandu kereta apabila berada di atas jalan raya.
Apa yang lebih bagus kalau bukan menyediakan ciri-ciri keselamatan kepada pengguna Yamaha seperti dilakukan KTM, Ducati, BMW dan Honda dengan paten sistem radar keselamatan mereka.
Konsepnya mudah. Radar sedia ada (seperti digunakan dalam kebanyakan kereta) harus menampilkan lebih ciri-ciri lain seperti berikut;
• pengesan titik buta
• amaran jarak dekat
• amaran perlanggaran bahagian hadapan (sama seperti yang ada pada model kereta baharu)
• amaran tata ruang (untuk parking lot sahaja)
• amaran lebih halaju
• amaran kenderaan kecemasan
Selain ciri-ciri yang disenaraikan ini, portal motosikal MotoPinas turut mengambilkira potensi Yamaha, termasuk ciri keselamatan V2V (vehicle-to-vehicle). Motor dengan sistem V2V membolehkan motosikal dalam jarak tertentu berkongsi data – kelajuan, lokasi, model, arah dan berkemungkinan untuk menjangka kawasan panas seperti kemalangan atau projek yang sedang dijalankan dan mencadangkan jalan alternatif.
Sumber : webbikeworld