Sukan Pushbike (atau basikal imbang) merupakan aktiviti sukan berbasikal tanpa pedal yang dikhususkan untuk kanak-kanak seawal usia 2 tahun sehingga 9 tahun. Di Malaysia, sekali pun ia agak baharu, namun ia sudah bertapak dan beroperasi menerusi Persatuan Push Bike Pro Malaysia.

Bagaimana sukan ini berhubung kait dengan sukan permotoran?
Secara asasnya, sukan pushbike sangat sesuai dijadikan asas untuk pelumba motosikal kerana ia dapat melatih kemahiran motor, keseimbangan, dan keyakinan seawal usia kanak-kanak. Ramai pelumba cilik pada hari ini menggunakan pushbike sebagai langkah awal sebelum beralih kepada sukan perlumbaan dua roda bermotor seperti pocket bike dan MiniGP.
Baru-baru ini, perlumbaan pushbike berlangsung meriah dengan perlumbaan bersiri yang dikenali sebagai Little Riders Grand Prix yang telah bermula di Setia Ecohill Mall, Semenyih dari 13 Jun hingga 14 Jun. Kejohanan ini mendapat kerjasama yang baik dari SP Setia dan sokongan dari Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM) melibatkan penyertaan para peserta daripada peringkat umur dua tahun hingga 8 tahun dan dibahagiakan kepada 6 kategori yang dipertandingkan.

Penganjuran Little Riders Grand Prix 2026 melibatkan tiga pusingan (siri) bermula di Setia Eco Hill Mall, Semenyih, SetiaWalk Mall Puchong pada 19 hingga 20 Jun (Series 2) dan D’Network @ Setia Eco Park, Setia Alam pada 26 hingga 27 Jun sebagai Series 3.
Menariknya, acara perlumbaan ini akan menampilkan Grand Finale pada 4 hingga 5 Julai yang akan berlangsung pada 4 hingga 5 Julai di LakePoint Central Shah Alam untuk mencari juara keseluruhan. Untuk info, sukan ini merupakan salah satu aktiviti sukan basikal imbang atau dikenali sebagai ‘Push Bike’ di mana kanak-kanak perlu menggunakan kekuatan pada otot kaki untuk ‘mengayuh’.

Sukan berbasikal ini juga dapat memupuk semangat keyakinan dalam kalangan kanak-kanak terutama pada usia seawal dua tahun lagi. Perlumbaan basikal ‘pushbike’ menggabungkan antara kelajuan, kemahiran teknikal dan keberanian para peserta beraksi di litar perlumbaan yang dibina di dalam pusat membeli belah terkenal sekitar Lembah Klang.

















