Sejak dilanda pandemik Covid-19, pelumba superbike Malaysia, Mohd Zaqhwan Zaidi menghabiskan hampir dua tahun menunggu untuk beraksi menggunakan jentera terbaharunya CBR1000RRR SP. Mengikut perancangan awal, Zaqwan dijadualkan untuk menggunakan jentera ini untuk beraksi di FIM Asia Road Racing Championship pada tahun 2020.
Hujung minggu ini, Zaqhwan berpeluang memanaskan enjin Honda CBR1000RRR SP menerusi pusingan Malaysia Superbike Championship musim 2021.
“Akhirnya! Saya sudah lama menantikan masa untuk berlumba menggunakan motor ini hampir dua tahun,” ujar Zaqhwan. Beliau juga tidak sabar untuk memulakan cabaran minggu ini dengan sesi latihan pada Jumaat ini. Malah, Zaqhwan juga mengatakan beliau pasti akan tersenyum sepanjang hari di sebalik helmetnya!
Para peminat Honda CBR yang mahu melihat aksi-aksi mendebarkan boleh menyertai kemeriahan ini dengan hadir ke Litar Antarabangsa Sepang. Kemasukan ke grandstand adalah percuma untuk orang dewasa 18 tahun dan ke atas (sudah lengkap divaksinasi). Ia juga akan disiarkan di Astro Arena.