Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Set Kotak Panier Eksklusif Percuma Untuk 20 Pembeli Model 800X GT Terawal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2025-10-08
in BULETIN, UTAMA
0
  • Percuma Set Kotak Pannier Bagi 20 Pembeli Pertama Model 800X GT
  • 450R Tampil Dengan Enjin 4 Silinder/450 Rally Cukup Mengujakan

KOVE Moto, jenama motosikal yang semakin mencipta nama di peringkat global telah secara rasmi melancarkan jenama dan model terbaharunya di Malaysia. MDua Motor Sdn Bhd merupakan anak syarikat kepada AFY Mobility Industries (AMI), telah dilantik sebagai Pengedar Tunggal dan Eksklusif KOVE di Malaysia.

Dua model baharu diperkenalkan pada hari ini ialah KOVE 800X GT untuk segmen kembara (touring adventure) dan KOVE 450R untuk segmen jalanan “streetfighter”, di samping model 450 Rally yang telah diperkenalkan sebelum ini.

Walaupun kebanyakan model KOVE ditawarkan sebagai unit CBU (Completely Built-Up), kerjasama strategik ini memastikan model-model KOVE pada masa hadapan bukan sahaja diimport tetapi turut disokong sepenuhnya dengan pemasangan tempatan (CKD), bekalan alat ganti yang mudah diperoleh, perkhidmatan selepas jualan yang menyeluruh, serta jaminan kualiti mengikut piawaian global KOVE.

Sedikit penjelasan mengenai dua model ini dicatatkan seperti di bawah;

• KOVE 800X GT — Motosikal kembara dan jelajah berprestasi tinggi ini dikuasakan oleh enjin 799cc parallel-twin yang menghasilkan 97Hp dan 80Nm tork. Ia turut dilengkapi dengan sistem tunggangan pelbagai mod, kawalan pendikit elektronik, suspensi KYB, serta berat penuh sekitar 195 kg.

Sekali gus, 800X GT menawarkan gabungan sempurna antara keupayaan lasak berteraskan perlumbaan dan keselesaan praktikal untuk tunggangan jarak jauh serta pengembaraan.

• KOVE 450R — Model ini mewakili identiti tulen sebuah motosikal “naked streetfighter” direka bagi mereka yang mahukan satu jentera dengan tunggangan ekstrim berkelajuan tinggi.

Model ini dilengkapi dengan enjin bersesaran 443cc empat silinder linear sebaris dan mampu menjana kuasa di sekitar 65.3Hp dan 40Nm tork. Berinspirasikan dari perlumbaan, rangka ringan seberat hanya 164 kg yang direka mampu memberi impak positif untuk mencapai kelajuan sehingga 205 km/j.

Model 450R menggabungkan kuasa agresif dan kawalan lincah sekaligus menetapkan sebuah penanda aras baharu dalam segmennya.

KOVE 800X GT ditawarkan pada harga MRSP RM48,888.00, manakala KOVE 450R ditawarkan pada harga MRSP RM33,888.00. Lebih menarik, 20 pembeli terawal model 800X GT akan menerima set kotak pannier eksklusif secara percuma bersama pembelian mereka.

Untuk info, KOVE ditubuhkan pada tahun 2017 oleh seorang pelumba di China, KOVE Moto diaspirasikan dari minat beliau di dalam perlumbaan motosikal dan seterusnya membina reputasi antarabangsa melalui penghasilan motosikal berprestasi tinggi dengan kejuruteraan tersendiri yang mantap.

Rangkuman hasil R&D, reka bentuk dan pembuatan secara Pembangunan teknologi secara tersendiri sepenuhnya dengan kekal berpegang pada falsafah “FOCUS ON PERFORMANCE”, motosikal KOVE kini direka lengkap dengan spesifikasi yang ringan, kukuh, dan berkeupayaan untuk terus ke arena perlumbaan.

Sementara itu, semua model KOVE termasuk 450 Rally kini mula dipamerkan di AMI Bumirai Showroom, PJ222 Petaling Jaya. Harga yang dinyatakan tidak termasuk pendaftaran, cukai jalan dan insurans.

BARISAN MODEL

KOVE 450R (BARU)

ENJIN 4-Silinder Linear Sebaris, DOHC, 443cc, Sejukan Cecair.

KUASA /TORK 65.3 hp @ 12,000, RPM / 40Nm @ 9,000 RPM

BERAT 164 kg

TINGGI 800 mm

JARAK LEGA PERMUKAAN 130 mm

CIRI-CIRI UTAMA

• Motosikal ‘streetfighter’ kategori ‘naked’

• Cakera brek berkembar hadapan (ABS Dwi-Saluran)

• Mod kawalan lonjakan (Launch Control Mode)

• Klac ‘Slipper’

• 2 mod tunggangan (Sport & Comfort)

• Kawalan ringan dan lincah

HARGA RM 33,888

 

KOVE 800X GT (BARU)

ENJIN Silinder Kembar, DOHC, Rod Engkol 75°, 799 cc, Sejukan Cecair.

KUASA/TORK 97 hp @ 9,000 RPM/ 80 Nm @ 7,500 RPM

BERAT 195 kg

TINGGI 826 mm

JARAK LEGA PERMUKAAN 230 mm

CIRI-CIRI UTAMA

• Penjelajahan dan pengembaraan.

• 4 mod tunggangan (Sport, Comfort, Rain, Off-Road)

• Cakera brek berkembar hadapan.

• Sistem Quick Shift

• Pendikit Elektronik

• Penyerap hentakan hadapan & belakang KYB.

• Sesuai untuk jarak perjalanan jauh

• Kapasiti tangka bahan api 22 Liter.

• Peredam & penstabil kawalan arah hidraulik

• Pemanas pada trotel pendikit dan tempat duduk.

HARGA RM 48,888

 

KOVE 450 Rally

ENJIN Silinder Tunggal, DOHC, 449cc, Sejukan Cecair.

KUASA 51.7 hp @ 9,500 RPM / 40 Nm @ 7,000 RPM

BERAT 145 kg

TINGGI 910 mm

JARAK LEGA

PERMUKAAN 310 mm

CIRI-CIRI UTAMA

• Suspensi hadapan jarak perjalanan panjang yang terbukti dalam perlumbaan Rali Dakar

• Direka untuk ketahan perlumbaan rali.

• Kapasiti tangki bahan api 30 Liter

HARGA RM 39,900

Previous Post

Sokongan Kemanusiaan Bergema di Vision Park Sempena Global Sumud Flotilla

CAPAIAN

  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved