Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sentuhan Super Sports, Gaya Bentuk Agresif, Gagah Dan Mekanikal

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-11-02
in BULETIN, UTAMA
0

Boon Siew Honda memperkenalkan Honda RS-X baharu dengan sentuhan Super Sport bagi memberikan sebuah gabungan yang sempurna dengan gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri terkini kepada pengguna Malaysia. Sentuhan Super Sports yang digayakan dengan bentuk yang agresif, gagah dan mekanikal, enjin DOHC 150cc yang berkuasa, pematuhan EURO 4 dengan ABS dan beberapa ciri berteknologi tinggi untuk memberikan pengalaman menunggang yang selesa dan lebih yakin.

Antara ciri-ciri Honda RS-X termasuk:
• Enjin DOHC, 150cc & 6-kelajuan yang berkuasa untuk kelajuan tinggi dan pecutan responsif
• ABS 1 saluran untuk menambah keyakinan membrek
• Lampu LED penuh & dwi-lampu LED hadapan yang kelihatan agresif dan pencahayaan yang terang
• Pembuka tempat duduk Honda, Sealed Chain, Speedometer Digital penuh untuk kemudahan pengguna

Untuk gaya yang sporty, RS-X diberi penekanan terhadap full cowl appearance yang direka secara aerodinamik, muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan sleek super slim tail. Sistem lampu LED penuh bukan sahaja menjadikan Honda RS-X sebagai tarikan di atas jalan raya, tetapi ia juga meningkatkan daya penglihatan ketika menunggang dalam keadaan yang berbeza. Ekzos bukan sahaja direka bentuk seperti motorsikal besar, tetapi juga memberikan bunyi yang menarik, memberikan Honda RS-X perasaan tersendiri seakan berada di perlumbaan.

Prestasi yang tinggi adalah hasil daripada enjin DOHC penyejuk cecair 150cc yang digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW @9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm @7,000 rpm. Ciri PGM-FI (Programmed Fuel Injection), membolehkan penjimatan bahan api yang ketara dengan mengurangkan pencemaran.

Honda RS-X dilengkapi dengan ciri berteknologi tinggi seperti ABS 1 saluran yang memberi penunggangan yang selesa dan keyakinan ketika membrek. Honda RS-X serba baharu ini juga dilengkapi dengan ciri-ciri untuk meningkatkan kemudahan seperti suis pembuka tempat duduk,, sealed chain drive dan Speedometer Digital penuh yang memaparkan maklumat kepada penunggang supaya tunggangan yang lebih selamat dan santai. Model ini juga mesra alam dengan mematuhi piawaian EURO 4.

Majlis pelancaran Honda RS-X telah diadakan secara maya oleh kerana sekatan pandemik yang berterusan dan disertai dengan pesanan khas daripada Encik Masayuki Igarashi, Ketua Pegawai Operasi Serantau (Asia & Oceania), Honda Motor Co., Ltd. Majlis itu diketuai oleh Encik Yoshitaka Nakamura, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda Sdn. Bhd dan disertai oleh Encik Aman RA, Duta Honda Motorsikal di Malaysia dan Encik Zaqhwan Zaidi, Penunggang untuk Honda Asia-Dream Racing with SHOWA. Encik Nakamura menzahirkan kegembiraanya di atas pelancaran Honda RS-X baharu dan menyatakan sebagai pencapaian baru di Boon Siew Honda kepada pengguna Malaysia.

Honda RS-X baharu boleh didapati dalam pilihan 3 pilihan warna iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow dan penghantaran kepada semua pengedar sah akan bermula tidak lama lagi.

Previous Post

Kemenangan Cukup Bergaya Dengan Honda CBR1000 RR-R!

Next Post

Lebih Kurang 3 Jam, Perjalanan Santai Dan Menyeronokkan!

Next Post

Lebih Kurang 3 Jam, Perjalanan Santai Dan Menyeronokkan!

CAPAIAN

  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved