Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Semarakkan Hari Kemerdekaan ke-67 Dengan Penuh Gaya

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-09-03
in BULETIN, UTAMA
0

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor, pada hujung minggu lalu bukan sahaja menampilkan aksi perlumbaan yang mendebarkan, tetapi juga menjadi platform bagi para pelumba untuk meraikan Hari Kemerdekaan ke-67 Malaysia dengan cara yang unik. Dalam satu adegan yang penuh patriotisme, mereka membawa bendera Jalur Gemilang mengelilingi litar, menyatukan semangat kemerdekaan dengan keghairahan sukan permotoran. Sebagaimana pusingan terdahulu, Litar Sebagaimana pusingan terdahulu, Litar Lumba Tangkak turut menyaksikan aksi-aksi sengit dan mendebarkan daripada para pelumba. Perlumbaan penuh debaran ini menyaksikan pelumba PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing, Md Akid Aziz, sekali lagi menunjukkan kehebatannya di atas litar. Dengan prestasi dan kemahiran yang luar biasa, Akid berjaya mengekalkan kedudukannya sekali gus mengesahkan kemenangan bagi Pusingan 7 musim ini, memahat namanya sebagai antara pelumba terbaik di kejuaraan ini.

CKJ Racing Takluki Top 2
Selepas mencatatkan masa terpantas 43:350s dalam sesi Super Pole, Md Akid Aziz mengambil kedudukan grid pertama perlumbaan. Di grip kedua adalah Shahrol Syazras Shahrol Yuzy dari HONDA ESTREMO YUZY RACING yang mencatat masa terpantas 43:452s diikuti Kasma Daniel Kasmayudin dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dengan catatan masa 43:567s di petak ketiga.Pada permulaan perlumbaan akhir, Kasma dan Syazras pantas memecut ke hadapan untuk memimpin kumpulan, diikuti Akid dan rakan sepasukannya, Ahmad Afif Amran di P4. Pada pusingan ke-3, Akid memintas kedudukan Kasma di P1 dan terus meningkatkan kelajuannya. Syazras dan Afif turut memintas kedudukan Kasma untuk merebut P2. Pada pusingan ke-15, Kasma dari P4 terus mencari ruang dan berjaya memintas Syazras dan Afif di P2 namun kembali ke P4 akibat terjatuh. Akid memenangi perlumbaan dengan catatan masa 14’33:374s. Afif mengambil tempat kedua dengan catatan masa 14’37:813s. Di tempat ketiga adalah Syazras dengan catatan masa 14’38:478s.

Syamil Menyerlah Di Tangkak
Sementara itu, di kategori CP125, pelumba PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING, Md Syamil Amsyar Md Iffende melakar kemenangan hatrik dalam perlumbaan pusingan 7 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix yang berlangsung di Litar Lumba Tangkak, Johor.Sesi “Shoot Out” telah menempatkan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di petak grid pertama selepas beliau mencatatkan masa terpantas pada 45:239s. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari HONDA KC RACING yang mencatat 45:350s bermula di petak grid kedua dan Md Syamil Amsyar Md Iffende dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING di petak ketiga pada 45:448s.Perlumbaan bermula dengan Syamil mendahului perlumbaan dengan Danial mengekori di belakang dan Md Izam Ikmal Izamli dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING di P3. Persaingan semakin sengit menyaksikan Izam berjaya memintas Farish di P2 pada puisngan ke-5 dan terus cuba merapatkan jaraknya dengan Syamil di P1.Pada pusingan ke-13, Izam memintas kedudukan Syamil di P1, namun Syamil berjaya mengambil semula P1 dan meningkatkan pecutannya. Syamil melepasi garisan penamat pada 11’37:618s untuk memenangi perlumbaan. Tempat kedua jatuh ke tangan Md Aliff Danial Md Asri dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR dengan catatan masa 11’37:995s. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas dari HONDA KC RACING pula mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 11’38:039s.

Kebangkitan Akif Di Tangkak
Manakala untuk perlumbaan kategori Wira KBS yang cukup sengit menyaksikan pelumba HONDA KC RACING, Md Akif Abdullah memenangi perlumbaan di Litar Lumba Tangkak, Johor pada pusingan 7 Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix.Perlumbaan bermula dengan Akif yang mendahului para pelumba lain dengan Farres Putra Md Fadhill dari PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING mengekori rapat di belakangnya. Di belakang mereka adalah pelumba YAMAHA ESTREMO 27 RACING, Md Adib Arsyad Md Hisam.Kedudukan pelumba di kelompok hadapan kekal sama namun pada pusingan 2, Adib tidak dapat meneruskan perlumbaan susulan terjatuh menyaksikan Md Akid Md Shah Khearul Nisiam dari YAMAHA ESTREMO 27 RACING menduduki di P3.Pada pusingan ke 10, Akif yang konsisten semakin selesa selepas meninggalkan kumpulan sekurang-kurangnya 3 saat di belakangnya. Akif memenangi perlumbaan pada 9’23:423s. Farres akur di tempat kedua dengan catatan masa 9’27:698s. Akid mengambil tempat ketiga dengan catatan masa 9’27:851s.

Top 5 Terpantas
CP150
1. Md Akid Aziz – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’33:374s)
2. Ahmad Afif Amran – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – CKJ RACING (14’37:813s)
3. Shahrol Syazras Shahrol Yuzy – HONDA ESTREMO YUZY RACING (14’38:478s)

CP125
1. Md Syamil Amsyar Md Iffende – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (11’37:618s)
2. Md Aliff Danial Md Asri – PETRONAS SPRINTA YAMAHA MAJU MOTOR (11’37:995s)
3. Md Farish Iqmal Khayrul Elyas – HONDA KC RACING (11’38:039s)

Wira KBS
1. Md Akif Abdullah – HONDA KC RACING (9’23:423s)
2. Farres Putra Md Fadhil – PETRONAS SPRINTA YAMAHA – 31 RACING (9’27:698s)
3. Md Akid Md Shah Khearul Nisiam – YAMAHA ESTREMO 27 RACING (9’27:851s)

Previous Post

Pengembaraan Epik ke Mae Hong Son, Thailand

Next Post

Perhimpunan Permotoran Terbesar di Silverlake Batu Gajah

Next Post

Perhimpunan Permotoran Terbesar di Silverlake Batu Gajah

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved