Ban Pecah yang terletak di Tanjung Piandang, di negeri Perak merupakan salah satu destinasi yang popular bagi kelab-kelab permotoran yang inginkan suasana yang menarik dan damai. Tidak ketinggalan juga bagi Kelab Komuniti CRS Perak Official yang memilih destinasi ke Ban Pecah untuk dilawati bersama sahabat-sahabat Honda RS15OR dari seluruh negeri Perak pada 6 November 2021.
Sebanyak 80 buah jentera telah mengikuti konvoi pada kali ini yang diketuai presidennya, saudara Zam dan dibantu oleh saudara Jay. Para peserta berkumpul di Kawasan Rehat Vista point sebelum Terowong Menora pada jam 10 pagi dan memulakan perjalanan sekitar jam 11 pagi.
Para peserta konvoi diberi taklimat ringkas tentang lokasi-lokasi yang akan disinggahi. Sesi taklimat ini kemudiannya diakhiri dengan bacaan doa oleh saudara Amir. Restoran Mee Udang Parit 30 kepunyaan Encik Bakri menjadi pilihan untuk makan tengahari. Selain rasanya yang sedap, harga yang ditawarkan juga murah sekaligus menjadi salah satu tarikan untuk ramai kembali ke sini semula.
Selepas selesai menikmati makan tengah hari, konvoi bergerak ke lokasi utama Ban Pecah untuk sesi bergambar di Mercu Tanda ” I Love Ban Pecah”. Para peserta berhenti untuk menunaikan solat fardhu zohor sebelum meneruskan perjalanan menuju ke Restoran Laksa Lubuk yang terletak di Lubuk Merbau, Kuala Kangsar. Keistimewaan laksa di sini ialah menggunakan dapur kayu selain rasa kuahya yang sedap.
Sebaik sahaja selesai menikmati sajian laksa, para peserta konvoi mengambil peluang bergambar sekali lagi sebelum bergerak pulang ke destinasi masing-masing. Semoga bertemu lagi di program konvoi akan datang di lokasi yang lain pula. Insya-Allah.
“Enjoy Your Ride”
Perkongsian : Zam CRS Perak Official