Awal tahun ini, khabar angin kencang mengatakan Honda dalam proses untuk membina dua scrambler; salah satunya CL500 yang telah pun dilancarkan pada November lalu. Kini, Honda mendedahkan pula CL300 yang dinanti-nantikan di China dan penampilannya mirip yang dipasarkan di Jepun yang bersesaran 250cc.
Memandangkan tiga jentera keluarannya menunjukkan peningkatan yang baik, sebuah wheelbase dan juga ‘increased ground clearance’ membuatkan ramai terfikir bila ia akan mula berada di pasaran lain. Tambahan pula, ia sangat dinanti-nantikan para penunggang yang baru sahaja berjinak-jinak dengan motor scrambler.
Kenapa dipasarkan di China terlebih dahulu?
Scrambler CL300 ini telah diluluskan di pasaran China kerana ia dibuat di sana oleh kerjasama Sundiro/Honda seperti yang dilaporkan oleh CycleWorld. Walaupun masih tiada laporan tentang CL300 dipasarkan ke pasaran lain termasuk USA, Rebel 300 terlebih dahulu dijual di sana membuatkan ianya mudah untuk melepasi piawaian US untuk CL300 ini. Tambahan kedua-dua model ini berkongsi komponen hampir sama.
Sumber Webbikeworld