Honda memperkenalkan satu lagi varian skuter maxi dalam segmen premium. Forza 300 kali ini datang dengan edisi terhad versi 2020. Model ini berkongsi banyak persamaan dengan Forza 2018 seperti casis dan komponen enjin. Forza 300 kini hadir dengan skema warna baharu iaitu iaitu kelabu. Warna ini terdiri daripada campuran kelabu cerah dan hitam dengan kemasan merah pada rim, lencana dan sulaman benang pada pelana.
Skuter ini dijana oleh enjin yang sama dari model 2018, 279cc SOHC berkuasa 24hp pada 7,000rpm dengan tork 27.2Nm pada 5,750rpm. Enjin itu dilengkapi teknologi kawalan cengkaman, Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang membantu tayar belakang mendapat cengkaman sebaiknya.

HSTC akan diaktifkan jika roda belakang tergelincir. Sistem itu bertindak menghadkan kuasa tork enjin menerusi pancitan bahan api supaya penunggang dapat mengawal semula skuter mereka. Sistem pancitan bahan api (PGM-FI) juga terdapat pada skuter ini. Skuter ini memiliki dua ruang simpanan di bawah pelana yang dilengkapi kunci pintar anti kecurian.
Melihat pada bahagian hadapan, Forza 300 hadir dengan sistem lampu teknologi LED. Visor angin pula boleh dilaraskan secara elektronik menerusi butang kawalan pada hendal kiri. Pembeli boleh membeli aksesori seperti kotak barang 45-liter di bahagian belakang skuter. Kotak barang tersebut mempunyai sistem kunci automatik sekiranya penunggang meninggalkan motosikal. Ia boleh dibuka dengan kawalan kunci pintar. Forza 300 standard ditawarkan dalam pilihan warna biru, hitam, kelabu dan putih mutiara.
Sumber : Mekanika
Website : https://www.mekanika.com.my/
Facebook : https://www.facebook.com/MekanikaMalaysia/
Instagram : https://www.instagram.com/mekanika.malaysia/?hl=en
Youtube : https://www.youtube.com/channel/UCW_a5QtfMwZ5gNBhgXBdscQ