Beberapa tahun lalu, Harley-Davidson E1 Jefe pernah mencuri perhatian. Sebuah motosikal yang asalnya sebuah Heritage telah dibina kustom oleh Thunderbike dan dikatakan sebagai dedikasi kepada lowrider serta siri TV Sons Of Anarchy tetapi yang mahu diceritakan ini, satu motosikal lain dan berbeza.
Motosikal ini dibina oleh salah satu nama besar dalam industri motosikal kustom Eropah iaitu Bundnerbike. Ia juga berasal dari sebuah Harley-Davidson Heriage dan ditransformasikan menjadi sebuah jentera bergaya chicano hanya dengan beberapa perbezaan kecil yang penting.
Apabila menyentuh tentang warna, jentera ini dilayangkan dengan warna biru yang mana pilihan agak pelik untuk sebuah jentera begini. Namun, ia bukanlah sejenis tribute untuk lowrider mahupun Sons Of The Anarchy tetapi dibina untuk seorang pelakon Itali, Terence Hill yang merupakan seorang penunggang Harley-Davidson.
Dipasangkan dengan rim 23 inci dan 18-inci untuk bahagian belakang, E1 Jefe biru ini dipenuhkan dengan beberapa keping kustom. Bundnerbike bukan hanya menyesuaikan jentera ini tetapi juga mereka beberapa kelengkapan seperti tangki minyak dan tempat duduk, panel di bahagian depan atau belakang, pengisian pemberhentian, mengubah semula penampilan chasis serta tempat letak kaki, lampu LED yang ada di atas deck.
Kerangka jentera ini masih sama dan memegang enjin Harley yang kekal tidak diubahsuai atau disentuh kecuali sistem ekzosnya yang baharu. Bundnerbike tidak mahu mendedahkan kos untuk membina motosikal ini.