Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sanggup Berhabis Ribuan Ringgit!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-06-21
in BULETIN, UTAMA
0

“Kalau impian mampu dikabulkan, saya mahu Hafizh Syahrin menandatangani pada jentera ini. Ada beberapa sebab untuk saya inspirasikan pelumba itu ke atas jentera ini.

“Pertama, saya juga adalah peminat dan kagum dengan aksinya. Kedua, rekaan (warna dan pelekat) motosikal yang saya tonjolkan persis jentera pelumba tanah air itu satu ketika dahulu,” ujar Mutalib atau nama sebenarnya Abdul Mutalib Ismail dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Menceritakan bagaimana perubahan jentera Yamaha Y16ZR ini dijelmakan sebagai jentera Geng Tayar Besar, segalanya bermula selepas dia menyaksikan pelumba tanahair itu yang menyarung jaket Red Bull KTM Tech 3 beraksi di perlumbaan dunia satu ketika dahulu.

Bermula dari perlumbaan Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) yang berlangsung di Litar Sepang 2019, Abdul Mutalib mula terpikat dengan corak dan ilustrasi yang tertera pada motosikal pelumba tanah air itu. Setelah menyelidiki secara serius menerusi pentas media sosial, akhirnya Mutalib membulatkan tekad untuk menjadikan motosikal kapchai persis sebuah jentera berkuasa besar.

Berbekalkan hasil wang simpanan, Mutalib mula membeli sebuah motosikal baharu model Yamaha Y16ZR. Tanpa mencuba jentera baharu itu terlebih dahulu, ia terus ‘mengeksport’ motosikal tersebut ke pereka motosikal Geng Tayar Besar yang dikenali sebagai Rudy untuk proses pengubahsuaian.

Menurut Mutalib, projek menjadikan motosikal Y16ZR sebuah ‘monster’ sebenarnya bermula sejak 2019 lagi. Namun disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) ketika itu, proses penerimaannya pula menjadi lambat.

“Sebaik membeli jentera Yamaha ini, saya terus menghantar unit motosikal yang masih dibaluti plastik untuk dihantar terus ke Rudy GTB yang beroperasi di Lembah Klang.

“Sekalipun sudah siap sepenuhnya lebih awal, keinginan saya untuk ‘beraksi’ dan menyaksikan hasil kerja Rudy Geng Tayar Besar terbantut hampir 3 bulan,” ujar Mutalib tatkala menceritakan kembali proses penampilan ‘wajah baru’ Y16ZR miliknya.

Menurutnya lagi, keinginan untuk melakukan pengubahsuaian berkonsepkan jentera Hafizh Syahrin Red Bull KTM Tech 3 memandangkan jentera pelumba itu memiliki skima warna yang menarik dan mantap. Apabila warna-warna ini dipadankan pada motosikalnya, ia cukup garang dan perubahan yang ditampilkan memang sangat ketara.

“Proses pengubahsuaian dilakukan di Rudy GTB dan GTB 678 yang beroperasi di Shah Alam dan Keramat manakala semburan torna warna pula dihasilkan oleh Pak Sue Mie Air Brush berpangkalan di Pulau Pinang.

“Manakala beberapa barangan gantian dan komponen untuk pengubahsuaian ini diambil daripada jentera Yamaha R1 9 (bahagian arm), Aprilia R34 (penyerap hentakan), CBR 1000 (tayar depan dan belakang).

Bapa kepada 5 cahaya mata yang berasal dari Bukit Mertajam, Pulau Pinang, sememangnya cukup berminat dengan dunia permotoran sejak di awal zaman remaja lagi. Berbekalkan sokongan dan dorongan dari isteri, Rohani Daud, Mutalib juga turut memberanikan diri menyertai pelbagai pertandingan motosikal cantik di beberapa buah lokasi.

Antara kenangan terindah yang diraih oleh Mutalib adalah pada majlis perhimpunan pemilik motosikal Yamaha atau lebih dikenali dengan jenama GenBlue yang berlangsung di Teluk Batik, Lumut pada tahun 2022.

“Jentera persis Hafizh Syahrin saya menang di Lumut dan ia adalah percubaan kali ketiga saya sebelum ini. Pertama ketika pertandingan yang berlangsung di Manjung dan kedua pada majlis Penang Bike Week juga berlangsung pada tahun yang sama.

Ketika disoal mengenai perbelanjaan dan kos yang ditelah digunakan bagi menghasilkan jentera Red Bull Y16ZR Tech3, Mutalib sekadar menjelaskan bahawa angka yang dilaburkan cukup tinggi namun berbaloi dan nyata memuaskan.

“Dari segi kos, untuk membabitkan diri dan menjadikan sebuah motosikal dalam segmen GTB memerlukan kewangan yang besar. Namun tidaklah saya membelanjakan sekali gus.

“Untuk anggaran kos yang telah saya keluarkan adalah sekitar RM30k. Hasilnya? Memang sangat mantap dan cukup eksklusif,” ujar Mutalib mengakhiri perbualan bersama penulis.

SEKILAS FAKTA
Nama Pemilik: Abdul Mutalib Ismail
Umur 51 Tahun
Kerjaya: Penyelia di Torey Plastic Malaysia
Asal: Kg Kebun Sireh, Bukit Tengah, Bukit Mertajam
Keluarga: 5 anak
Isteri: Rosnani Daud
Jentera: Yamaha Y16ZR
Panggilan: Y16 Custom RedBull
Tahun Pemilikan: 2019
Spesifikasi Enjin: Standard
Ubahsuai: Rudy GTB & Roy Garage
Komponen:
• Arm – Yamaha R1
• Penyerap Hentakan Depan – Aprilia R34
• Tayar Depan/Belakang – Honda CBR1000
Warna: Pak Sue Mie Air Brush

Previous Post

Hanya Yang Bertuah Menjadi Pemilik Secebis Legasi Harley-Davidson

Next Post

Dari Kamunting Ke Ban Pecah

Next Post

Dari Kamunting Ke Ban Pecah

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved