Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Sambutan Luar Biasa, Diiringi Hujan Yang Menyerikan Perjalanan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-12-17
in BULETIN, UTAMA
0

Bertepatan dengan nama yang diberi untuk ride kali ini oleh grup motosikal Northern ADV150 Owners Group, hujan mengiringi konvoi di awal-awal pagi. Perhentian R&R Juru arah Selatan menjadi lokasi para peserta berkumpul untuk mengisi minyak sebelum mula bergerak menyelusuri Lebuh Raya Utara Selatan ke destinasi pertama, Dataran Kuala Kangsar.

Konvoi yang melibatkan sebanyak 80 buah motosikal ini mula bergerak dari Juru, Pulau Pinang seawal 8.30 di mana para peserta sudah pun bersedia mengenakan baju hujan untuk meneruskan perjalanan. Bacaan doa, semua peserta mula bergerak dan tiba ke destinasi pertama tepat jam 9.30 pagi.

Acara dimulakan dengan ucapan taklimat dari PIC konvoi diikuti sesi beramah mesra di kalangan para peserta memandangkan ini merupakan perjumpaan pertama bagi semua di mana negeri-negeri Pulau Pinang – Kedah – Perak baru saja melepasi Fasa ke-3 PKP.

Tepat jam 10 pagi, para peserta konvoi mula bergerak menuju ke destinasi kedua iaitu Dataran Tasik Raban. Rakan-rakan biker yang tinggal di Kuala Kangsar menjadi penunjuk arah untuk tiba di Dataran Tasik Raban pada jam 10.30 pagi. Ada di antara peserta mengambil peluang ini untuk bersantai dan ada juga yang bersarapan pagi. Sesi kedua ini diisi dengan aktiviti pameran motosikal ADV150 ala-ala mini bike meet milik para peserta sambil berkongsi modifikasi yang dilakukan oleh pemilik motosikal dan semestinya acara bergambar sebagai kenangan.

Pada pukul 11 pagi, konvoi mula bergerak dari Tasik Raban dan singgah untuk mengisi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya untuk makan tengahari. Sepanjang perjalanan dari Tasik Raban ke Pekan Grik, para peserta mempraktikan penunggangan berhemah agar tidak mengganggu atau menghalang pengguna jalan raya lain. Konvoi tiba di Pekan Grik pada pukul 1 tengah hari. Setelah mengisi minyak, konvoi bergerak menuju ke Denai Kabus Agro Farm & Adventure Resort yang ditempah oleh Abg Najmi (Pokmi), sahabat NADV150 dari Grik untuk peserta konvoi.

Tepat jam 1.30 tengah hari, para peserta tiba di Denai Kabus dan hidangan telah pun tersedia. Sebanyak 23 dulang hidangan untuk 92 peserta ahli NADV150 yang hadir pada konvoi kali ini disajikan. Pemilik Denai Kabus yang dikenali sebagai Cikgu Tarmizi sendiri telah menyambut para peserta sebagai pembuka kata, disusuli bacaan doa serta tahlil ringkas untuk arwah Adik Ipar Abg Najmi. Setelah menjamu selera, acara diteruskan dengan kejutan sambutan hari kelahiran puan Presiden Northern ADV150 Owners Group yang jatuh pada tarikh yang sama. Acara dimeriahkan lagi dengan sesi memotong kek dan penyampaian cenderamata serta sijil kenangan buat pemilik Denai Kabus Cikgu Tarmizi.

Setelah semuanya selesai, konvoi meneruskan perjalanan menuju Bukit Berapit Imigresen melalui Jalan Felda Lepang Nering, Pengkalan Hulu sebelum bergerak menuju ke destinasi yang terakhir di Restoran Pokok Ketapang Baling untuk sesi perpisahan. Hujan lebat tidak mematahkan semangat semua peserta untuk terus bersama dari mula hingga akhir konvoi. Dengan 80 buah motosikal ADV150 dan 92 peserta, boleh dikatakan konvoi kali ini mendapat sambutan luar biasa di mana para peserta dapat berkenalan lebih rapat dengan ahli Northern ADV150 Owners Group yang datang dari Perlis – Kedah – Perak amat dihargai.

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada semua yang hadir serta menyertai konvoi anjuran NADV150 kali ini. Terima kasih juga kepada abang Najmi kerana menjamu para peserta di Denai Kabus. Salam takziah di atas kehilangan adik ipar pada hari tersebut. Acara konvoi seperti ini akan diteruskan bagi memastikan aktiviti kelab NADV150 berterusan dan dapat mengeratkan silatulrahim antara pemilik Honda ADV150 di utara.

 

Previous Post

Azroy Hakeem Dan Ahmad Afif Mengulangi Persaingan Dua Tahun Lepas?

Next Post

Pengembaraan Yang Mengujakan Dan Juga Menginsafkan!

Next Post

Pengembaraan Yang Mengujakan Dan Juga Menginsafkan!

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved