Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Saiz Lebih Besar & Rekaan Lebih Padu

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2021-12-20
in BULETIN, UTAMA
0

Pengeluar aksesori motosikal terkemuka, GIVI memperkenalkan kotak simpanan jenis monolock terbaharu – The Atlas dengan dua variasi saiz iaitu bagi saiz 45liter (B45NM Atlas Monolock Top Case) dan 33liter (B33NM Atlas Monolock Top Case) pada sesi secara digital itu di semua rangkaian platform sosial media GIVI Malaysia, bersama syarikat GIVI luar negara iaitu GIVI Vietnam dan GIVI Indonesia baru-baru ini.

Kedua-dua kotak tersebut telah dipatenkan dengan sistem Monolock, di mana GIVI menawarkan kemudahan kemudahan kepenggunaan, penglihatan tertinggi (aspek keselamatan), kebolehpercayaan dan ketahanan produk.
Wakil media termasuk penulis yang mengikuti konvoi bermotosikal ke Majlis Tontonan Media ‘The Atlas’ di Cameron Highlands masing-masing dilengkapi dengan kotak simpanan model B45NM Atlas Monolock Top Case setiap satu.

“Konvoi bermotosikal bersama para pengamal media ke pusat peranginan tanahair itu, juga sebagai tanda penghargaan dan sokongan para media terhadap produk GIVI sejak beroperasi pada tahun 1994 lagi,” ujar On Hai Swee, Pengarah Urusan Givi Asia Sdn Bhd.

The Atlas (B33NM Atlas Monolock Top Case dan B45NM Monolock Top Case) merupakan kotak simpan yang direka khas buat para peminat tempatan. Aspek keselamatan merupakan tunjang utama GIVI dalam menghasilkan setiap produk keluaran yang berkualiti tinggi.

Seperti diperkatakan sebelum ini, wakil media diberi sebuah kotak The Atlas bagi model B45NM Atlas Monolock Topcase. Secara peribadinya, penulis beranggapan, kotak simpan jenis ini amat praktikalbagi mereka yang kerap melakukan pengembaraan samada berkumpulan atau secara solo.

Dengan saiz yang besar, The Atlas bagi model B45NM mampu memuatkan dua biji topi keledar samada bertutup penuh (full face) atau bertutup separuh. Dari segi rekabentuk, penulis sifatkan ia kotak simpanan yang biasa sahaja berbeza dengan model B33NM.

Diperbuat daripada bahan Polipropilena (PP) kelas tertinggi, ianya telah terbukti dan telah digunakan dalam pembuatan kotak sebelum ini. Menerapkan elemen keanggunan dan eksklusif pada rekabentuknya, The Atlas B45NM dilengkapi dengan cengkerang bawah yang baharu dan kemasan corak sisi deko plat di bahagian atas penutup kotak simpan tersebut.

Begitu juga dengan model The Atlas B33NM, tahap keselamatan masih menjadi keutamaan. Menerusi inovasi dan teknologi masa kini, kotak simpan GIVI telah dipatenkan mengikut sistem Monolock yang mana GIVI menawarkan kemudahan kepenggunaan, penglihatan, kebolehpercayaan dan ketahanan produk ketika anda menunggang.

Model B33NM bagi penulis amat sesuai untuk dipadankan dengan jentera berkuasa kecil seperti motosikal kapcai. Ia juga direka dengan kemasan yang sempurna, ditambah dengan corak bahagian atas yang terbaharu. B33NM turut menawarkan sistem storan yang bergaya. Kapasiti kotak simpanan ini bersaiz 33liter dan boleh memuatkan sebuah topi keledar jenis Modular. Selain pengayaan, GIVI turut mengutamakan elemen prismatic reflektif di bahagian hadapan kotak terbabit yang berfungsi meningkatkan tahap penglihatan kenderaan lain.

Sama seperti model B45NM, model B33NM turut dilengkapi system penguncian generasi terkini. Sistem penguncian Micro 3 Locking memudahkan pengguna mengunci kotak simpanan anda dengan mudah dan selamat. Tambahan kepada model B33NM ini, ia turut dilengkapi dengan tempat menyandar bagi pembonceng belakang sama seperti model terdahulu B32N Bold Monolock Top Case yang telah berada dipasaran sebelum ini.

Selain itu, GIVI turut memperkenalkan beberapa koleksi terbaharu produk mereka untuk tahun 2022. Antara produk terkini yang diperkenalkan oleh GIVI adalah seperti Prime Range (5 model pilihan berserta saiz berbeza), Baju Hujan (Rider Tech Rainsuits) 2 Pilihan Warna, City Pack & Travel dan Rider Tech Range.

 

Previous Post

Pengembaraan Yang Mengujakan Dan Juga Menginsafkan!

Next Post

Juara CP150 Musim 2021

Next Post

Juara CP150 Musim 2021

CAPAIAN

  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved