Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Rudy Geng Tayar Besar

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2019-09-11
in SHOW OFF, UTAMA
0

Sanggup berhabisan puluhan ribu ringgit semata-mata untuk memiliki sebuah motor Y15 tetapi itulah dia Rudy Norman. Seorang drifter, pelagak aksi ngeri, pelakon dan juga usahawan produksi. Kalau nak bercerita tentang beliau, memang tidak akan habis. Sebenarnya, saya mengenali Rudy Norman di media sosial sudah lama dan mengikuti rapat perkembangan beliau. Bermula dari kereta, kini beliau giat bermain motor pula. Jadi, tidak hairanlah bila apa yang dipegang beliau pasti akan menjadi trending terkini.

Baru baru ini, saya berkesempatan mendekati beliau di salah sebuah lokasi penggambaran filem Marabahaya Underground yang dirakamkan di T-City US Legend Cars Gopeng Speedway Ipoh, Perak. Walaupun sibuk di lokasi penggambaran, beliau masih dapat meluangkan masa untuk sesi bergambar bersama majalah Roadstar dan berkongsi cerita, sedikit sebanyak tentang hobi beliau.

“Main motor ni memang gila bang. Sekali dapat mesti kena sut habis kasi jadi,” ujar beliau. Dek kerana minat, beliau telah melakukan modifikasi ke atas motor ini sebegini rupa yang mencecah puluhan ribu.

Rudy mula membeli motor Y15 atau lebih dikenali sebagai Y suku di kalangan para pencinta dua roda ini sekitar tahun 2017. Sejak itu juga, beliau sudah mula berfikir tentang konsep modifikasi yang beliau inginkan. Di saat itu juga, timbul idea untuk menggunakan konsep superbike. Beliau melakukan modifikasi ini secara sedikit demi sedikit bermula dengan pengubahsuaian chasis, arm, tayar dan cover set. Sekarang, anda sendiri dapat melihat hasilnya yang bukan biasa biasa.

Sebagaimana segenap para pencinta dunia permotoran sedia maklum tentang fenomena Y15 yang melanda Malaysia sekarang, banyak kelab-kelab dan komuniti ditubuhkan bagi mengumpulkan para pencinta motor ini. Salah satunya adalah komuniti Rudy Norman sendiri iaitu GTB yang merupakan singkatan kepada Geng Tayar Besar. Bukan Geng Takut Bina ya, itu kumpulan GTB lain. Choiii!

Kewujudan komuniti GTB ini secara tidak langsung memberikan kemudahan khususnya kepada para pemiliknya. Bukan itu sahaja, ia juga memudahkan para penunggang motor lain mengenali dan sedar dengan kehadiran ahli-ahli komuniti ini. Antara kenangan yang tidak dapat dilupakan beliau, membawa masuk motor Y15 ini ke pit perlumbaan untuk dipersembahkan kepada team Yamaha dan Valentino Rossi semasa perlumbaan MotoGP di Sepang International Circuit Malaysia.

Bukan itu sahaja, Rossi turut mencuba dan menandatangani di bahagian fairing hadapan. Disebabkan terlalu minat pelumba MotoGP ini, Rudy telah memasang pelekat nombor yang sinonim dengan Rossi iaitu 46 pada cover set. Secara tidak langsung, memudahkan beliau berinteraksi dengan team Yamaha pada ketika itu.

Bagi makluman anda, hasil modifikasi ini berjaya menarik perhatian beberapa produksi filem dan telah menjadikan motor ini untuk beraksi di layar perak. Pendapat peribadi saya secara jujurnya, ia merupakan satu pelaburan yang sangat berbaloi buat Rudy. Bukan senang nak modifikasi motor mahal-mahal, bila ada pulangan sebegini pastinya memberi sedikit kepuasan yang lain. Betul tak?

Apa-apa pun, kami di majalah Roadstar mengucapkan semoga maju jaya kepada Rudy Norman dalam apa jua bidang yang diceburi dan teruskan bermodifikasi.

Gambar dan teks : En. Bob

Previous Post

Taikom Racing

Next Post

Throwback : Jamuan Terbuka Aidilfitri The Portbike

Next Post

Throwback : Jamuan Terbuka Aidilfitri The Portbike

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved