Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ruang Pameran Baharu SMI Cars, Tawar Potongan Harga Sehingga 50%

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2020-07-20
in BULETIN, UTAMA
0

Ruang Pameran Baharu SMI Cars, Tawar Potongan Harga Sehingga 50%

SMI Cars Sdn Bhd, atau dahulunya dikenali sebagai Superbike Motortrade International Sdn Bhd telah melancarkan ruang pameran kenderaan yang pertama di Jalan Ampang hari ini. Diterajui ahli pengurusan yang berpengalaman lebih 30 tahun dan seorang pengarah muda, SMI Cars menawarkan pelbagai model kenderaan mewah dan kenderaan impot kepada rakyat Malaysia, terutamanya warga Kuala Lumpur.

Sebagai ahli PEKEMA, SMI Cars komited untuk menjadi pengimpot yang menawarkan inovasi terkini dan perkhidmatan peribadi yang tersendiri. Terletak strategik di tengah-tengah Kuala Lumpur, bangunan satu tingkat ini telah direka oleh seorang bakal arkitek berumur 19 tahun, Asyraaf Khan, yang menampilkan seni bina moden dengan suasana mesra untuk memastikan keselesaan pelanggan diberi keutamaan.

Mempamerkan hampir 150 variasi kenderaan berkualiti tertinggi, antara kenderaan yang memenuhi ruang pameran SMI Cars adalah Mustang, Lamborghini, Maserati, Range Rovers, Mercedes, BMW, Audi, Lexus, Mini Cooper, dan koleksi kenderaan serba guna (MPV) jenama Toyota seperti Toyota Vellfire, Toyota Alphard and Toyota Estima.

Bagi meraikan ruang pameran baharu ini, SMI Cars telah menganjurkan sebuah upacara perasmian ‘normal baharu’ dengan kehadiran peminat-peminat automotif dan persembahan oleh artis-artis tempatan. Pengunjung-pengunjung berpeluang untuk meneliti pilihan yang ada sebelum membuat keputusan dan diberi kesempatan untuk memandu-uji kenderaan yang mereka sukai.

SMI Cars komited memastikan bahagian luar dan dalam kenderaan disanitasi setiap kali selepas dipandu-uji. Selain menawarkan potongan cukai jualan sebanyak 50 peratus seperti yang telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di bawah rancangan pemulihan ekonomi jangka pendek bagi membantu sektor automotif yang dikenali sebagai Penjana; SMI Cars turut membuat tawaran khas Merdeka. (*Tertakluk kepada terma dan syarat).

Pengarah SMI Cars, Dato’ SM Zulkifli berkata, “Kami amat teruja dengan perusahaan ini dan tidak sabar untuk berkhidmat kepada pelanggan-pelanggan. Mungkin ada yang mengatakan kami masih muda, tetapi di SMI Cars kami menerima pembaharuan dengan sepenuh hati, sebab itu kami berbangga dengan Irene Deanna sebagai salah seorang ahli pengurusan syarikat ini. SMI Cars percaya mereka mempunya masa hadapan yang cerah dengan kehadiran orang muda dalam pengurusan atasan syarikat kerana ianya dapat menggalakkan inovasi dan pemikiran yang maju ke hadapan. Inilah keunikkan SMI Cars kerana kami menghargai kepimpinan belia dan yakin golongan ini berperanan penting dalam industri ini pada masa akan datang.”

Sebagai pengarah muda di SMI Cars, Irene Deanna menambah, “Kami tahu bahawa untuk dikenali kami harus bersikap dinamik. SMI Cars bersedia untuk menuju ke arah inovasi yang akan mengganggu norma industri dan kami berbesar hati untuk kongsikan rancangan kami apabila tiba waktunya. Matlamat kami adalah untuk menawarkan 2 pelanggan-pelanggan kami dengan pelbagai pilihan yang luar biasa dan pengalaman baharu yang mengagumkan sepanjang proses pembelian kereta impian mereka.”

SMI Cars berharap dengan penurunan kos memiliki kenderaan impot para pelanggan akan teruja dan sekaligus meningkatkan ekonomi negara kita. Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan baharu atau ingin menaik-taraf kenderaan yang sedia-ada, sekarang adalah peluang terbaik untuk membeli kenderaan impian anda dengan harga yang lebih rendah.

 

Previous Post

Prestasi Membanggakan Hafizh Syahrin Di Litar Jerez!

Next Post

Inisiatif Pelancongan Selangor; Fasa Pemulihan Pasca Covid-19 Industri Pelancongan Negeri Selangor

Next Post

Inisiatif Pelancongan Selangor; Fasa Pemulihan Pasca Covid-19 Industri Pelancongan Negeri Selangor

CAPAIAN

  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved