Ride Santai Garison Bikers Community
Sejak kebelakangan ini, banyak kelab-kelab motor mengambil peluang untuk berkumpul dan meluangkan masa bersama setelah berbulan lamanya berkurung di rumah ekoran pelaksanaan PKP yang lalu. Antara kelab motor yang tidak ketinggalan menganjurkan aktiviti santai termasuk Garison Bikers Community.
Penaung-Garison-Bikers-Community-En.Sahul
Kelab yang dinaungi saudara Sahul ini telah mengadakan aktiviti ride santai yang melibatkan sebanyak 30 unit motor pelbagai model. Manakala lokasi yang menjadi tempat berkumpul dan bersantai pula ialah Mr. Manshor Kopitiam Power.
Penganjuran konvoi ini diadakan dengan mematuhi SOP yang telah ditetapkan. Walaupun hanya sekadar menikmati minuman dan bersembang santai, aktiviti seperti ini dapat menghidupkan kembali kemeriahan dunia permotoran dan aktiviti berkelab selain mengeratkan ikatan silaturahim di antara ahli-ahli kelab. Tahniah Garison Bikers Community!