Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ribuan Peminat Berhimpun, Rai Ukhuwah Dan Perpaduan!

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-11-18
in BULETIN, UTAMA
0

Acara tahunan Santai Anak Utara kembali menggegarkan Pulau Pinang dengan penuh kemeriahan. Penganjuran kali ke-12 ini telah berlangsung dengan suasana yang meriah di Stadium Batu Kawan dan berjaya menarik lebih 50,000 peserta dari seluruh Malaysia yang hadir. Santai Anak Utara 12 telah berjaya mencipta suasana yang penuh warna-warni dan semangat perpaduan sambil menyajikan pelbagai acara menarik yang sesuai untuk semua peringkat umur.

Kali ini, penglibatan pihak swasta, badan kerajaan, dan kerajaan tempatan seperti KWSP, JPJ, MPSP, serta Jabatan Bomba menambahkan lagi keunikan dan keunggulan acara SAU 12. Antara tarikan utama termasuk kaunter pendaftaran KWSP, jualan baju edisi khas SAU 12, kaunter MPSP, pameran, dan pelbagai gerai jualan yang menawarkan produk dan perkhidmatan tempatan. Para pengunjung juga berpeluang menyaksikan pertandingan Muay Thai yang mendebarkan serta pertandingan motosikal tercantik yang penuh warna.

Dengan sokongan utama daripada Tobaki Racing sebagai penaja utama dan PETRONAS Sprinta sebagai kuasa penggerak, SAU 12 kali ini tampil dengan kerjasama erat Kerajaan Negeri Pulau Pinang melalui sokongan penuh dari Ketua Menteri Chow Kon Yew dan Penang Youth Development Corporation (PYDC) untuk memastikan penganjuran acara berjalan lancar. Rakan strategik seperti KWSP serta penaja-penaja lain seperti Koyoko, Rocket Bunny, Crony Sublimation Expert, Motowazi, WP Hotel, Belia Mahir, Ebixon dan T-Fight yang turut menyumbang kepada kejayaan acara yang telah memasuki tahun ke-12 ini. Semangat kerjasama ini nyata membawa SAU 12 ke tahap yang lebih tinggi, mengukuhkan lagi reputasinya sebagai acara santai utama di utara Malaysia.

Di acara ini, kehadiran tokoh-tokoh penting turut memeriahkan suasana, antaranya Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Pulau Pinang, YB Gooi Zi Sen, Exco Agroteknologi, Keterjaminan Makanan dan Pembangunan Koperasi Pulau Pinang YB Fahmi Bin Zainol, Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Sprinta, Mohd Zameer Zahur Hussain dan Pengurus Besar PYDC, Encik Lum Chia How. Diikuti Pengarah KWSP Wilayah Utara En cik Haji Jeffary Mohamed Isa dan Pengerusi Superbikers Association Superbikers Kuala Lumpur (SAM KL) Datuk Azman Maat yang juga Penasihat Santai Anak Utara. Kehadiran VVIP ini tidak hanya menjadi daya penarik kepada para peserta, tetapi juga sebagai bukti sokongan kuat terhadap acara yang menggalakkan semangat kesukanan dan perpaduan.

Segmen cabutan bertuah pada tahun ini menawarkan hadiah lumayan dengan Hadiah Utama berupa sebuah Mini Cooper S, disusuli hadiah pertama berupa pakej umrah, motosikal elektrik (EV) untuk pemenang kedua dan ketiga, motosikal skuter V100 untuk tempat keempat hingga keenam, dan motosikal EX5 untuk pemenang ketujuh. Selain itu, terdapat cabutan khas KWSP yang menawarkan Yamaha Y15 sebagai ganjaran istimewa. Sambutan peserta yang mencuba nasib untuk merebut hadiah-hadiah ini nyata menambah keceriaan sepanjang acara.

Acara Santai Anak Utara 12 melabuhkan tirai dengan penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah dan motoshow, menandakan satu lagi pencapaian cemerlang dalam penganjuran acara tahunan ini. Pihak penganjur berharap untuk membawa lebih banyak aktiviti dan hadiah menarik pada tahun hadapan. Dengan kejayaan penganjuran kali ini, SAU 12 telah mencipta satu lagi kenangan manis buat para peserta dan pengunjung serta mengukuhkan lagi kehadirannya sebagai acara santai paling dinanti-nantikan di utara Malaysia.

Previous Post

Jentera 3 Silinder, Tag Harga Paling Mengujakan

Next Post

Tukar Motosikal Lama untuk Modenas ZX-25R SE atau ZX-25R R Baharu

Next Post

Tukar Motosikal Lama untuk Modenas ZX-25R SE atau ZX-25R R Baharu

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved