Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Ribuan Jentera Kawasaki Gegar MAEPS

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2024-07-24
in BULETIN, UTAMA
0

Kawasaki, jenama motosikal legenda terkenal dengan jentera berkuasa tinggi dan berteknologi canggih ini sekali lagi mengukir sejarah baharu menerusi penganjuran Kawa Gathering 2024. Diadakan pada 13 Julai lalu, sebanyak hampir 2,000 jentera Kawasaki berjaya dihimpunkan dan membanjiri MAEPS, Serdang.

Dianjurkan sempena sambutan Hari Peneroka yang jatuh pada 12 hingga 14 Julai lalu, program kali keenam Kawa Gathering ini merupakan usaha Superkips Owner Club Malaysia selaku penganjur. Dimulakan seawal pukul 9.00 pagi di mana tapak acara telah dibanjiri dengan kehadiran para pemilik Kawa yang datang dari seluruh Semenanjung Malaysia. Ada yang datang secara berkumpulan dan tidak ketinggalan juga, yang datang secara sendirian.

Penganjuran Kawa Gathering yang memasuki kali keenam penganjurannya bukan sahaja menawarkan pengalaman luar biasa tetapi juga dalam masa yang sama, mengeratkan lagi hubungan antara komuniti peminat motosikal khususnya dalam kalangan peminat dan juga pemilik motosikal Kawasaki. Pelbagai ragam motosikal Kawasaki yang dapat dilihat, ada yang telah diubah suai dan tidak kurang juga, dibiarkan seperti keadaan asal.

Bagi memastikan program berjalan lancar, pihak penganjur menyediakan pelbagai aktiviti. Tarikan utama sudah tentu Autoshow yang menyediakan sebanyak 8 kategori untuk disertai para pemilik Kawasaki yang datang meluangkan masa. Lapan kategori yang disediakan termasuk Best Kawasaki 150cc Sticker Custom, Best Kawasaki 150cc Airbrush, Best Kawasaki 150cc Thai Look, Best Kawasaki 150cc NOS.

Ini diikuti empat lagi kategori dinanti-nantikan para pemilik Kawasaki yang berkobar-kobar sepanjang program berlangsung. Kategori yang dimaksudkan ialah Best Kawasaki 150cc Retro, Best Kawasaki 150cc NOS, Best Kawasaki 150cc Colour, Best kawasaki 150cc Paling Rare dan Best Of The Best Kawasaki 150cc (TOBAKI).

Kawa Gathering 2024 ini telah membuktikan bahawa semangat dan kecintaan para peminat terhadap motosikal Kawasaki tidak pernah pudar. Malah, aktiviti-aktiviti menarik yang disediakan memberi peluang serta ruang utuk para peminat berinteraksi antara satu sama lain. Program menutupkan tirai sekitar pukul 6.00 petang dan ia pastinya bukan kali terakhir. Semoga kemeriahan Kawa Gathering ini dapat diteruskan di masa hadapan dengan lebih banyak aktiviti menarik!

Previous Post

Perkara Yang Perlu Dilakukan & Dielakkan

Next Post

Akid Kuasai Litar, Ungguli Perlumbaan CP150

Next Post

Akid Kuasai Litar, Ungguli Perlumbaan CP150

CAPAIAN

  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved