Sejak kebelakangan ini, kelab-kelab motosikal klasik semakin menonjol dengan pelbagai aktiviti menarik. Tidak kurang juga dengan penampilan motosikal mereka yang unik dan sudah pastinya, istimewa. Terbaharu, Pusaka Honda Kelantan (PHK) meraikan ulang tahun kelab yang ke-10 dengan menganjurkan Himpunan Pemilik Honda Klasik Negeri Kelantan.
“Yang lama itu umpama emas (Old Is Gold)” bak kata ‘Mat Saleh’, para peminat motosikal Honda Klasik juga mendapat tempat dalam kalangan golongan muda. Program yang berlangsung di Pantai Geting berlokasi di Tumpat ini turut disertai FKR.
Lebih membanggakan, program ini berjaya menghimpunkan kira-kira 500 pemilik Honda Klasik di Kelantan. Keseronokan ini jelas terpancar menerusi kesungguhan ahli-ahli kelab yang berusaha memastikan program berjalan lancar. Menurut urus setia kelab, saudara Ahmad Hambari, program ini diadakan setiap tahun dan kali ini lebih meriah kerana penglibatan pihak FKR.
Semoga terus sukses di masa akan datang!