Gergasi minyak tempatan, PETRONAS Lubricants Marketing Malaysia (PLMM) mengumumkan pelancaran Peraduan PETRONAS Sprinta 40 Tahun.
Menariknya, kempen Raikan Legasi 40 Tahun agak istimewa memandangkan ia bersempena penutup kepada ulang tahun ke-40 jenama minyak enjin motosikal terkemuka negara, PETRONAS Sprinta.

Kempen yang berlangsung bermula 1 Februari hingga 30 April 2026 ini bertujuan menghargai pengguna setia di seluruh negara serta mengukuhkan lagi kedudukan Sprinta sebagai pilihan utama penunggang motosikal di Malaysia.
Bagaimana untuk menyertai peraduan ini? Peraduan Beli & Menang agak mudah dengan pelanggan hanya perlu mengikuti tiga langkah ringkas ini;
1. Beli satu (1) botol PETRONAS Sprinta sintetik (Sintetik Penuh – Fully atau Semi Sintetik – Semi) untuk melayakkan 1 penyertaan peraduan.
2. Imbas kod QR yang dipaparkan pada poster atau bahan promosi.
3. Lengkapkan e-borang di portal MyMesra dan muat naik resit pembelian. Lebih banyak botol Sprinta dibeli, lebih tinggi peluang untuk menang.

Opss, tunggu dulu. Berikut adalah produk-produk yang layak meliputi siri sintetik PETRONAS Sprinta seperti Fully Synthetic Series: Racing dengan Ester, A900, F900, F900HD, T900 atau Semi Synthetic Series bagi produk model A700, F700, T500.
Pembelian produk minyak enjin PETRONAS Sprinta boleh didapati di kedai-kedai rasmi atas talian PETRONAS Shop (Setel, Shopee & TikTok), kedai-kedai Mesra di stesen PETRONAS, bengkel-bengkel PETRONAS MotoExper atau di bengkel-bengkel motorsikal PETRONAS Sprinta yang mengambil bahagian (terdapat poster peraduan).

Hadiah menarik juga menanti para pemenang setiap bulan sepanjang Februari dan Mac, peserta bertuah akan memenangi:
• Yamaha 135LC V8
• Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta
• Baucar Setel pelbagai nilai (sehingga RM1000)
Sekiranya anda gagal memenangi pada cabutan pada bulan Februari dan Mac, jangan kecewa kerana peluang anda masih lagi terbuka. Ini kerana, nama anda mungkin terpilih pada Cabutan Akhir yang bakal berlangsung pada Mei 2026.
Menariknya, Cabutan Akhir akan menyediakan tiga hadiah utama untuk peserta bertuah iaitu;
• Hadiah Utama – SYM ADXTG400 + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta
• Hadiah Kedua – Zontes 368G + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta
• Hadiah Ketiga – Yamaha Y16ZR + Helmet Edisi Terhad ARC 40th PETRONAS Sprinta















