Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Raikan Anak-anak Yatim, Asnaf, Maahad Tahfiz dan Menobatkan Ikon-Ikon Negeri Perak

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2023-04-12
in BULETIN, UTAMA
0

Acara tahunan yang dinanti-nantikan setiap kali bulan Ramadan khususnya para pencinta dua roda anjuran RetroStreet Perak kembali lagi. Iftar Permotoran Perak yang diadakan buat kali ketujuh ini telah berlangsung dengan meriah yang disertai kehadiran tetamu melebihi 1,200 orang dan lebih 200 keluarga sekali gus melangkaui jangkaan pihak penganjur yang menganggarkan sekitar 500 orang sahaja.

Berlokasi di RTC Gopeng di negeri Perak, acara tahunan ini juga diadakan untuk meraikan anak-anak yatim dari sekitar negeri Perak, golongan asnaf serta Maahad Tahfiz dari Tambun. Iftar Permotoran Perak kali ini telah menerima kerjasama dari FAMA dan RTC Gopeng serta dirasmikan YB Puan Salbiah Bt Mohamed yang juga Exco Wanita Keluarga Kebajikan Masyarat dan Usahawan Negeri Perak yang turut dihadiri Pengarah FAMA Negeri Perak.

Sambutan luar biasa kali ini menyaksikan kehadiran bukan sahaja dari para pencinta dunia permotoran dua roda dari sekitar negeri Perak, malah ada yang datang dari Kedah, Pulau Pinang, Selangor dan Kuala Lumpur. Sebagaimana yang dinyatakan awal tadi, acara ini lebih kepada program amal untuk meraikan anak-anak yatim, golongan asnaf sekitar negeri Perak. Turut diundang khas adalah wakil-wakil media permotoran serta barisan penaja seperti Koyoko, Kenda, FKR dan banyak lagi.

Berbanding penganjuran tahun-tahun sebelum ini, pihak penganjur telah mengangkat beberapa individu sebagai Ikon Permotoran Negeri Perak. Di antara penerimanya ialah En. Bob sebagai Ikon Pengulas Permotoran 2023, En. Kojeq sebagai Ikon Permotoran Negeri Perak dan En. Azhar yang juga wakil majalah Roadstar sebagai Ikon Jurufoto Permotoran. Tidak ketinggalan, Kapcai 2Beradik yang baru sahaja menempa nama sebagai Ikon Kapcai Kustom Negeri Perak.

Bagi makluman, program ini bukan sahaja dimeriahkan dengan kehadiran motosikal-motosikal pelbagai ragam, malah turut diraikan oleh para pemilik kereta yang hadir bersama keluarga masing-masing. Berlangsung seawal pukul 5.00 petang yang didahului persembahan Qasidah dari anak-anak Maahad Tahfiz Ad-Dirasah Al-Islamiah Tambun Perak sebelum masuk waktu berbuka puasa.

Selain itu, persembahan ular dengan aksi yang mendebarkan turut menjadi tumpuan hadirin selepas selesai solat Maghrib berjemaah. Para hadirin turut diberi sedikit penerangan tentang ular ini oleh saudara Miji Snakes dari Kampar. Kesempatan ini telah digunakan para hadirin untuk bergambar kenangan bersama ular dan juga Miji Snakes. Hampir 15 jenis ular telah dibawa untuk program ini.

Tidak berakhir di situ, acara diteruskan lagi dengan pameran Autoshow Kereta dan Motosikal yang diadakan pada sebelam malam selepas selesai solat Isyak. Kemeriahan semakin terasa hangat apabila setiap hadirin diberikan pelekat serta nombor cabutan bertuah di mana sebanyak lebih 60 barangan disediakan untuk para pemenang segmen Cabutan Bertuah pada malam itu yang berakhir sekitar pukul 11.00 malam.

Sekiranya tiada halangan atau sebarang kekangan, program amal seperti ini akan terus dijayakan saban tahun supaya kita semua dapat beramal di bulan Ramadan yang penuh keberkatan ini. Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan kepada Team Crew dan Team Rewang yang bertungkus lumus berkampung selama empat hari di RTS Gopeng. Tanpa mereka, mustahil program dapat dijalankan dengan lancar. Terima kasih juga kepada pihak FAMA dan RTC Gopeng di atas kerjasama ini.

Di kesempatan ini, pengerusi program iaitu En Ahmad Fuad Ipoh mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri dan Maaf Zahir Batin!

Previous Post

Perkukuhkan Ukhuwah Dan Raikan Anak-Anak Yatim

Next Post

Tambah Kelajuan Dan Lebih Berdaya Tahan

Next Post

Tambah Kelajuan Dan Lebih Berdaya Tahan

CAPAIAN

  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved