Dianjurkan buat pertama kalinya, ride ini adalah kerjasama di antara Kelab Y Sukan Crew Banting & Kelab Sukan Y Kambing (Y80) yang melibatkan penyertaan sebanyak 60 buah motosikal. Tujuan utama program ini dianjurkan adalah untuk mengeratkan lagi ikatan silaturahim dan mengukuhkan ukhuwah tanpa sempadan di antara penunggang motosikal Y Sukan Crew Banting & Y Kambing (Y80) serta rakan-rakan permotoran lain.
Selain itu, program ini juga dilihat dapat memupuk semangat kerjasama sesama rakan permotoran khususnya semasa program dijalankan tanpa mengira saiz dan jenis motosikal. Dalam masa yang sama, ia juga diharapkan dapat meningkatkan serta menambahkan pengetahuan bidang permotoran dan menitikberatkan soal keselamatan ketika berada di atas jalan raya.
Sebagaimana yang disebut awal-awal tadi, seramai 40 orang dari Kelab Y Sukan Crew Banting, 15 orang dari Kelab Y Kambing (Y80) dan 5 orang dari jenis jenama motosikal lain termasuk pembonceng yang ikut menyertai program ini. Semasa program berlangsung, para peserta diwajibkan memiliki lesen memandu yang sah berserta motosikal yang mempunyai cukai jalan yang belum tamat tempoh. Pembonceng pula mesti di kalangan mahram (isteri atau anak).
Para peserta dari Kelab Crew Y Sukan Banting dan bengkel WK Rais Legacy Banting telah berkumpul di masjid Kanchong Tengah Banting dan ride santai ke Ban Hin Motors Lukut, Port Dickson yang terletak di Negeri Sembilan Darul Khusus. Para peserta yang hadir telah menerima sijil penyertaan serta menerima cenderahati tajaan dari KYB berupa baju, topi dan juga keychain.