Lazimnya, motor yang dikustom nampak lebih hebat hasilnya dan ramai berharap agar ia versi yang dikeluarkan terus dari kilang. Sekiranya anda penggemar Ducati Scrambler 1100 dan mengharapkan perkara yang sama (lebih versatile dari versi asal), mungkin sentuhan tangan dan kreativiti Filippo Barbacane di bawah nama Officine Rossopuro ini menepati citarasa anda.
Digelar sebagai Scrambler Tuttoterreno atau All-Terrain, motor kustom ini sepatutnya dilepaskan pada awal tahun 2020. Namun, Officine Rossopuro menangguhkan sementara waktu sehinggalah memakan hampir setahun. Akhirnya, beliau mendedahkan projek terbaharunya untuk tatapan seluruh dunia baru-baru ini.
Sepertimana yang dapat dilihat, beliau mahu sesuatu yang berkemampuan sebagai sebuah jentera sukan. Disebabkan itu, roda berukuran 21” di bahagian hadapan sangat sesuai dan tepat. Berat stok Scramble 1100 ini turut dikurangkan dan digantikan dengan kesemua aluminium. Selain itu, beliau menggunakan sistem ekzos tunggal Termignoni di bahagian sisi Tuttoterreno. Suspensi lebih tinggi dan kerangka belakang tubular baru turut melengkapi motor ini.
Menurut Officine Rossopuro, motor ini jauh lebih ringan dan ia dapat dilihat secara visual juga, dengan rekaan yang lebih menarik. Penampilannya juga cukup bersih, kemas dan tidak keterlaluan kalau dikatakan ianya lebih cantik. Sesuai untuk dibawa ke mana-mana.
Sumber : Rideapart.com / Omnimoto