Road Star
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW
No Result
View All Result
Road Star
No Result
View All Result

Program Proof of Concept (PoC), Diuji Selama 3 Bulan

Roadstar Writer by Roadstar Writer
2026-10-27
in BULETIN, UTAMA
0

MForce Bike Holdings Sdn. Bhd. (Mforce), mengadakan Majlis Penyerahan Motosikal bagi Program Proof of Concept (PoC) kepada Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT), Polis Diraja Malaysia (PDRM), di ibu pejabat MForce di Pulau Pinang. Ketua Pegawai Operasi MForce, Encik Asri Ahmad, bersama Pengarah JSPT, Dato’ Sri Muhammed Hasbullah bin Ali, memeterai persefahaman program terbabit sebelum penyerahan enam unit motosikal dari 16 unit kesemuanya.

Untuk info, program Proof of Concept bertujuan untuk menilai dan menguji kemampuan serta kepraktisan teknologi dan perkhidmatan baru dalam konteks rasmi. Ia menilai dan menguji kelayakan serta kinerja mereka dalam situasi operasi yang sesuai. Dalam program tersebut, MForce Bike Holdings menyerahkan dua unit bagi setiap model, iaitu CFMOTO 1250TR-G, BRIXTON K750GT dan MOTO MORINI X-CAPE 1200 pada majlis tersebut.

Berlangsung selama tiga bulan, ia memberi peluang kepada JSPT untuk menguji dan menilai kesesuaian ketiga-tiga model berdasarkan keperluan penugasan pihak polis. Maklum balas sepanjang tempoh penilaian akan menjadi asas kepada proses penambahbaikan sebelum langkah seterusnya dipertimbangkan.

Melalui program ini, MForce berpeluang memahami dengan lebih dekat keperluan anggota yang menggunakan motosikal dalam menjalankan tugas. Penilaian boleh merangkumi aspek pengendalian, keselesaan tunggangan, fungsi kelengkapan serta kesesuaian motosikal dengan tuntutan operasi harian.

Kenapa ada tiga model dan jenama berbeza? Ini penjelasan yang diterima oleh media mengenai penglibatan model CFMOTO 1250TR-G, BRIXTON K750GT dan MOTO MORINI X-CAPE 1200 bagi kegunaan dan tugasan JSPT.

Berdasarkan maklumat, JSPT menjelaskan beberapa ciri diketengahkan bagi segmen motosikal seperti mana model CFMOTO 1250TR-G dan BRIXTON K750GT dikategorikan sebagai motosikal pengiring berkuasa tinggi, manakala MOTO MORINI X-CAPE 1200 merupakan motosikal dwi kegunaan yang turut menjalani penilaian dalam program ini.

Maklum balas daripada pihak JSPT akan membantu Mforce mengenal pasti ruang penambahbaikan serta penyesuaian yang diperlukan bagi setiap model. Pendekatan ini membolehkan proses penilaian mengambil kira pengalaman pengguna dan keperluan sebenar penugasan pihak polis.

Bagi MForce, pelaksanaan PoC ini merupakan langkah penting dalam membangunkan penyelesaian mobiliti yang bersesuaian dengan keperluan agensi penguatkuasaan. Hasil penilaian sepanjang tiga bulan tersebut akan menjadi rujukan bersama dalam menentukan hala tuju dan tindakan susulan bagi projek ini.

MForce merakamkan penghargaan kepada JSPT PDRM atas kerjasama dan penglibatan dalam menjayakan program ini. Kerjasama tersebut diharap dapat menyumbang kepada usaha penambahbaikan motosikal bagi menyokong keperluan penugasan pihak polis.

Previous Post

Mula Dibuka Untuk Tempahan, Harga Bermula RM28,000

CAPAIAN

  • October 2026
  • September 2026
  • August 2026
  • July 2026
  • June 2026
  • May 2026
  • April 2026
  • March 2026
  • February 2026
  • January 2026
  • December 2025
  • November 2025
  • October 2025
  • September 2025
  • August 2025
  • July 2025
  • June 2025
  • May 2025
  • April 2025
  • March 2025
  • February 2025
  • January 2025
  • December 2024
  • November 2024
  • October 2024
  • September 2024
  • August 2024
  • July 2024
  • June 2024
  • May 2024
  • April 2024
  • March 2024
  • February 2024
  • January 2024
  • December 2023
  • November 2023
  • October 2023
  • September 2023
  • August 2023
  • July 2023
  • June 2023
  • May 2023
  • April 2023
  • March 2023
  • February 2023
  • January 2023
  • December 2022
  • November 2022
  • October 2022
  • September 2022
  • August 2022
  • July 2022
  • June 2022
  • May 2022
  • April 2022
  • March 2022
  • February 2022
  • January 2022
  • December 2021
  • November 2021
  • October 2021
  • September 2021
  • August 2021
  • July 2021
  • June 2021
  • May 2021
  • April 2021
  • March 2021
  • February 2021
  • January 2021
  • December 2020
  • November 2020
  • October 2020
  • September 2020
  • August 2020
  • July 2020
  • June 2020
  • May 2020
  • April 2020
  • March 2020
  • February 2020
  • January 2020
  • December 2019
  • November 2019
  • October 2019
  • September 2019
  • August 2019
  • July 2019
  • June 2019
  • May 2019
  • April 2019
  • March 2019
  • February 2019
  • January 2019
  • December 2018

Snow Snow Snow Snow Snow Forest Mountains Mountains Mountains
  • ABOUT US
  • PRIVACY POLICY


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved

No Result
View All Result
  • UTAMA
  • BULETIN
  • SHOW OFF
  • MAJALAH
  • VIDEO
  • HUBUNGI
  • SHOP NOW


© roadstarmag.com | Hybrid Publication 2018 | All Rights Reserved